16 mei datang lagi. alhamdulillah diberi kesempatan menyambutnya sbg seorg guru utk kali kedua, dan pertama kali menyambutnya sbg isteri seorg cikgu. kitaorg laki bini sambut hari guru. tp masing2 x ada ucap kpd psgn. eh? hahaha cam x penting jewwww lalalalala~
skg duduk bersenang lenang di hotel Mega, Miri. wot wottt. check in hotel tu. oh oh bkn utk berhunny2 moon lg, tp sbrnya ada dinner skola we all wat dkt hotel ni. so sambil2 tukar angin (xkn hari2 duk umah sj kn=p), reward diri sendiri (adiah hari guru utk diri), ...niat konon mau bgumbira d bandaraya Miri malam ni. lps dinner mau late night dating tgk movie (lahhh kononnnn). pastu dinner (buffet) dr jam 6.45 ptg smpai 8.45 malam (yes non stop eating for 2 hours!), akhirnya perut menjadi x larat di bawa berjalan. aduyaiiiiiiiiii. hahaha. so dpd plan asal tgk muvi di Bintang Megamall, menjadi kpd tgk muvi di screen 41" d Mega Hotel. hahaha bolehhh laaaaaa. plus le hubby is tired. dh 2,3 malam dia x cukup tdo. byk keja. huhu.
hari guru mmg hari yg best kpd kebanyakan guru. Selain dr bgembira suka ria, byk acara best spt jamuan, sukaneka, btukar2 adiah, dan plg best ber-dinner2 ni. overall hari guru mmg cikgu2 suka la (dan sendiri beriya menyambut. syok sendiri. raikan diri sendiri as cikgu kikikiki)
urghh...mau tulis apa lg ni. blur. hahaha. ok la, jom cerita psl kisah cikgu. honestly kalo x jd cikgu, sy x tau lg keja yg suit dgn sy. sy bbrp kali kata ngan kawan sy, sy x tau apa2 keja lain. misalnya kalo jadi doktor, oohh x tau apa perlu di buat. rawat org? kenal ubat2an? hahaha cam scaryyyyyyyyy ja. keja engineer? rasa cam otak x brfungsi nampak nombor2 dan simbol2 mcm ni:
hahahah. pastu x paham apa org dkt office wat. cam pelik byknyaaa fail dia kena wat. kena hadap lappy tiap2 masa. kena keja smpai jam 5 petang dan x ada cuti cam cuti skola. seyes wonder apaaaa la dorg isi dalam fail2 tu segala. hahaha vengong. so kesimpulannya syukur la jadi cikgu. dah faham mcm mana keja cikgu ni (walopn rasa keja cgu ni ntah pa2 byk psl perkeranian huhu) tp cuti skola panjang sket.hihihi
im not saying im a good teacher. tp sy rasa kerjaya cikgu ni boleee la masuk dgn jiwa sy. kalo mencari kerja yg btl2 sesuai dgn jiwa 100%, jawapannya mestilah tdo-makan-tdo-makan duk umah sepanjang masa, bila bosan berjalan2 melancong! ohhh kalo la ada pekerjaan sebegitu (kita lakukan dan mendapat upah), wajiblah sy menjadi calon sesuai utknya. hahahahaha
saya cikgu yg garang! hahahaha. mmg sy akui sy garang. suara kuat. kalo x sabar sikit mesti tangan dh smpai dkt badan murid. tp x la cubit kuat2. x psal2 esk mak bapak dtg serang dkt skola huuu nauzubillah! kesian murid2 sllu mgadu dkt cgu lain "Cikgu Zila garangggg. kami takutttttttttt,". hahahaha. sbb tu la budak tahun 4 yg degil mcm2 pe'el dia tu pun bole belajar sejarah sbb takut kena cubit kalo x dpt jawab soalan. murid2 ni mmg bole wat kita sakit kepala dgn perangai dorang. bila mengajar, ntah apa2 dia wat d belakang. bila tny faham, jawab "fahammm", bila soal semula, diammmmm x tau apa2. bila bg keja umah, x siap la, ttinggal buku d umah laaa. adoiiii. kalo sekali dua x apa, tp kalo murid yg sama dan kesalahan berulang2, tidak kah wat sakit jiwa raga? duhhhhhhhhhhh.
begitulah rutin kehidupan guru. kita dulu2 pun penah jadi murid kan. so mmg faham la benda2 tu mmg akan terjadi. bukannya kita x penah 'bosan' bila cikgu mengajar di depan. bukannya kita x penah 'lupa keja umah' atau 'ttinggal buku'. benda tu mmg susah dielakkn. tp sy jadi murid dlu x la selalu benda tu berlaku. so mcm x ble terima kalo sllu sgt kesalahan tu blaku dkt murid2. sy dulu budak baik tau =p ... skola rendah la. skola menengah? mmmm... hahahaha kepala ada goyang sket ;p
tapi......sbnrnya byk juga perkara2 yg ada dgn murid ni wat sy ketawa dan senyum sorang2. lebih2 lg sy guru tahun 1 (plg banyak masa dgn dorg! ajar bm th 1 and math th 1), dan guru mth th 2. sbb tu la sy dari dulu if given a choice mau ngajar sekolah rendah or menengah, for sure sy pilih rendah! mmg la a bit sakit kepala dgn karenah dorg, tp skurang2nya kurang risiko murid melawan, murid dendam, murid gejala sosial mcm skola menengah (takot!huhu). karenah budak2 terutama budak tahun 1 ni agak menghiburkan. kdg2 sy ketawa sndiri dgn dorang.
contoh 1
masa awal2 preggo tu sy selalu sakit kepala. so selalu bawa koyok utk tampal. at least ada reda la sikit. sy kan byk masa dgn budak th 1. aduyai tahun 1 dkt skola sy ni, jumlahnya 5 org tp aktif sgt. kalah2 50 org dlm kelas. hari2 mau bckap. bila di layan, siap berebut mau gtau cerita masing2 (and of course la cerita merepak tah apa2). so bila masuk kelas dorang terutama waktu hujung2 tu, kepala mmg pening + mual + x ada mood. tp budak2 ni manalah tau keadaan kita mcm mn. yg dia tau syok sampaikan cerita dia. pastu bila dh lama2 duk dlm kelas tu, sy pasanglah koyok di kepala. sy bawa extra koyok ni letak di belakang casing hp. hp kan sllu d bw ke mana2 so koyok ni letak di sana spy skli di bawa ke mana2. bila bebudak tu nmpk sy ambk koyok d belakang hp, dorang tny;
murid: "Cikgu, apa cikgu pakai di kepala tu?,"
saya: "ubat sakit kepala...,"
murid: "oo.. cikgu sakit kepala ka?,"
saya: "ya...pening cikgu dgn awak ni semua,"
murid: "ooo..hp cikgu pun pening juga ka?,"
saya: "hah?," (blur. xpaham maksud)
murid: "tu cikgu letak di belakang hp,"
bahahahahahahahahhahahahahahhhaha tgh2 sakit kepala seyes mau ketawa guling2 dgr murid ckap camtu. bole pla hp sakit kepala (sbb dia nampak koyok tu ada di belakang hp juga). hahahaha dia mmg btl2 x tau kegunaan koyok. olololo jujur la sgt pemahaman dorg pakai ubat koyok utk sakit. x kisah la kepala ka....hp ka.. hahaha
contoh II.
haritu mengajar budak bina ayat guna kata hubung 'dan'. dah dijelaskn berkali2 cara mggabungkn dua ayat tunggal menjadi ayat majmuk, x paham2 juga. sy dah mula hilang sabar.
saya: "eiiiiiiiii. apasal awak semua ni x paham2 apa cikgu ajar,"
murid: "kami masih kecik cikgu,"
hahahahahahahhaah amboiiiiiiiiiiiiii baik punya xcuse. so xble marah awak la kalo x paham sbb awak msh kecik. camtu?? hahahahaah snyum2 kambing dgn jawapan dorg.
contoh III.
sy ni selalu bawa botol air dalam kelas. tp bila keluar selalu sgt lupa bawa. tpksa la murid naik hantarkan ke bilik guru. pastu murid ni sllu mrungut sbb sy sllu lupa bawa kuar botol air. haritu dlm kelas:
murid A: "cikgu ni, selalu lupa bawa air cikgu. penat sy hantar ke bilik guru," (murid ni mmg suka membebel. bahahah)
cikgu: "ala...sori la. cikgu x sengaja,"
murid A: "kalo kadang2 x apa. ni hari2 sy hantar,"
cikgu" "alaa..lain kali sebelum cikgu keluar tlg la tgk2kn ada tak botol air cgu ttingal atas meja. kalo ada cpt2 la bgtau cikgu spy cgu x lupa ambik,"
tetiba murid B menyampuk dgn jawapan back up baik punya.
murid B: "tu cikgu dah dewasa. orng dewasa mmg selalu lupa,"
hahahahahahahahahahha seyes ketawa weyhhhhhhhhhhh. bagos2. alasan yg terrrrrrrrrrrbaekkkkk. org dewasa mmg selalu lupa. so x ble salahkn cikgu yg selalu lupa bawa keluar botol air. ahahahahahahha
contoh IV.
haritu sy ajar BM pasal adjektif warna. so warna yg dpelajari warna di tiang isyarat lampu. merah, kuning, hijau.
merah tanda berhenti, kuning tanda bersedia, hijau tanda jalan.
bila di tanya scr lisan (mulut), murid2 bole jawab apa makna setiap warna tu. sy siap tny satu2, mmg semua bole jawab. so bagi la latihan. isi tempat kosong. palingggg la tahan tahan jawapn sorg murid tu, (lbh kurang camni)
lampu (1)_______ maknanya bersedia berhenti. apabila lampu bertukar (2)__________, kenderaan di minta berhenti.
jawapan 1 (kuning). tetiba jawapan (2), ada pula pegi menjawab hitam. yes HITAM. bila pulaaaaaa cikgu ajar lampu isyarat warna hitam niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. ya rabbbiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada rasa mau ketawa, ada rasa mau marah juga. tu yg sy pelik sgt. di tny lisan bole jawab. menjawab menulis ttiba sesat menulis lampu isyarat hitam. x wujudddddddddddddd dek oiiiiii. cikgu x penah ajar pun! huhuhu
contoh V. yg ni berlaku dgn murid2 tahun 4. saya ajar sejarah pasal 'bentuk muka bumi kawasan tempat tinggal'
baik2 sy xplain bentuk muka bumi di kawasan sekitar (di kampung tu la), ialah jenis tanah pamah. siap explain apa yg dimaksudkn tanah pamah. tanahnya rata, subur, bole tanam mcm2 jenis tanaman mcm getah, kelapa sawit dll.. (jalan masuk simpang kampung ada kilang kelapa sawit lagi. so mustahil la murid x kenal). bberapa saat lps sy explain psl tanah pamah, sy soal sorang murid, "Iqmal, kawasan tempat tinggal kita ni jenis tanah pamah kah?,".. dgn selamba dan tanpa rs brsalah dia jawab "bukan,". perghhhhhhhhhhhh terasa darah mau naik da dgr jawapn dia. hbs yg sy terang sungguh2 bbrp saat lepas tu dia x dgr apa2 ka????? hambekkkkkkkkkk bebelan dan leteran cikgu bla bla bla bla. nasib kau lahhhhh.
pastu terangkn lagi kwsn tanah pamah ni baik utk tanaman sbb mudah dibina sistem saliran. sistem saliran juga dikenali sbg sistem perparitan, iaitu utk alirkan air ke tanaman2 atau ke kolam2. bbrp saat lps penerangan tanya sorg murid yg btl2 duduk dpn sy, "sistem saliran juga dikenali sebagai apa?," ........dgn yakin dia jawab "longkang," ...........adoiiiiiiiiiiiiii xpenah sy sebut pun perkataan tu sayang oiiiiiiiiiiiiiiii. mentang2 dia dgr sistem perparitan, suka ati dia kata LONGKANG. duhhhhhhh duhhhhhh darah makin meningkat2 suda. adeiiiiiiiiii.
hahahahhahhaa bgtu la serba sedikit rutin sbg cikgu. bitter sweet. murid la yg wat cgu pening, murid juga wat cikgu snyum. and satu advantage juga kalo suami/isteri ni pekerjaan yg sama. misalnya sy n hubby, sllu cerita psl skola msg2. sllu cerita psl karenah murid, selalu cerita psl isu2 pendidikan semasa. seronok, sbb masing2 faham apa yg diperkatakan. for instance, bila cakap psl kepincangan PBS, sama2 bole bincang lama2 sbb dua2 mengalami benda tu. kalo psgn kita bukan dr kalangn guru, agak sukar la mau cerita psl benda tu sesama sbb x saling memahami apa bendanya tu. camtu juga kalo psgn bukan guru kita cerita psl keja dia, kita cam x ble cerita byk sgt sbb x faham apa bendanya tu kn. tp ada juga kebaikan berlainan kerjaya, ada laa pengetahuan kita sket psl kerja lain. kalo mcm we all dua2 cikgu, mmg x tau apa2 la psl keja lain. hihi.
ok la, sblm sign out, mau masukkn gambar2 sket. cam da lama x msukkn gambar kn. eh? =p hahaha
gambar lama. bulan 3 lepas rasanya di border Brunei - Limbang.
berselfie di Boulevard sementara tggu cop nama siap
kek sempena Mother's Day di skola 12 / 5 / 2014. bakal mommy pun bole la celebrate =p
awal pagi di hari guru 16 mei 2014 sblm ke skola. spttnya smua kena pakai pakaian sukan tp bestnya preggo bole pakai baju lain. seyes best sgt masa preggo ni. selalu diberi klonggaran. x diberi keja berat2. sllu d beri xcuse utk apa2 aktiviti. ni yg rasa tahun dpn mau mengandung lg =p hahahahaa
sebelah malamnya dinner lagi di Mega Hotel, Miri. our theme: pink. wahh apsal sy suka sgt dgn girly2 color ni recently? hihihi. blom scan agi....x kisah pun girl or boy asalkn sihat insha Allah :)
selamat hari guru!
kek hari guru. nyummehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
ok la demikian la dlu coretan. blm bersdia sbnrnya dgn entry psl 'kehilangan' tu. insha Allah satu masa nanti. (huhu..).. 23 mei balik sabah. attending B's cousin wed. tp 25 mei kena balik Miri. cuba apply crk but x berjaya. pastu malam 27 mei balik sabah lagi. adoyaiiiii payahnya dgn membawa perut ni lagi ulang alik balik Miri-KK. may Allah ease. (ada sambutan hari guru peringkat Subis di East Wood Resort 26 mei. wajib dtg byr rm25. doiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dh la just high tea. malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.)huhu
bye again. yeye next week budak exam. cikgu apa lagi, enjoyyyyyyyyyy!!! weeeeeeee.
ps: td tgk proses kelahiran bayi. perghh tipu la kalo x rasa takut. of coz la takut tp apa2pn kena prepare mental dan fizikal dr skg, bulan 9 nanti insha Allah akan melalui benda tu. selalu pesan dgn diri 'jgn ingat sakit! ingat mau dapatkan anak tu!', .. and 'kalo org lain bole, kenapa sy x bole?'. insha Allah! mommy and daddy r waiting for u honey. jumpa bulan 9 nt k. insha Allah. seronok rasa baby gerak2 di dalam perut. hihi.
pss: hubby and i now working on something. mcm bisnes la lbh kurang. hubby minat sgt benda tu so as a supportive wife, sy kenalah ikut sekali walopn hakikatnya cuma watak sampingan. hehehe. insha Allah akan reveal soon and akan wat advertisement psl benda ni lbh details. myb akan wat blog berkaitan juga. mmg mula2 ni agak payah but kalo hati btl2 kuat utk laksanakan, insha Allah bole! yg penting usaha dan kerja kuat. plus hubby minat benda ni, so itulah yg sebaik2nya. lewat tdo smpai pepagi buta pun dia x kisah sbb mmg passion dia. so apa2pun kena sokong. u go hubby! heeeeee
insha Allah. coming soon =)
byeeeeeeeeeeeeee. good night. le hubby is now ready to start his job (hobby) in this lappy.
psss: tudung2 sy cam smua sama kn? tgk line dia tu sama. jgn salah faham k. bukan sy edit gmbr spy tudung tu ubah2 kaler. sy mmg ada 5 warna tudung yg design camtu. best pakai tudung tu, plus plain. senang mau padankn dgn mana2 baju. harga pun murah. rm29. sekali borong smpai 5. huhu lg best + selesa banding tudung2 3 layers (peridah) atau tudung 3 helai rm1000 (erianny). x mampuuuuuu! kan puan Mawar kata berfesyen ikut kemampuan (wah!), ok la ok la puan Mawar. sy mmg x mampu pun beli peridah awak. x minat pun tudung mcm2 kaler ni. susah mau cari baju match. nanti x psl2 fashion crime sbb tdung da 3 warna, baju lagi 3 warna. 6 colors in one time. hoooooo Joan Rivers pegi tangkap nanti! (fashion police). hahaha