Saturday, June 21, 2014

::sesal separuh nyawa by Alyah::

Lirik Lagu Sesal Separuh Nyawa – Alyah

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh sayangmu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

oh best juga lagu baru Alyah ni. x tau la baru mana tp kawan kata ni kira lagu dia lepas dia bhijrah pakai tudung. so kira baru la juga. lucu, sbb mula2 x minat pun lagu ni. tp tiap pagi bila g skola naik keta kawan, ni antara lagu yg dia mesti mainkan. so bila dh tiap2 hari dgr, lagu yg cam x best ttiba jd cam best pula kn. haha. igt lagi conversation sy ngn kwn masa tny siapa penyanyi lagu ni.

me: "ni lagu siapa?,"
kawan: "Alyah,"
me: "oo..lagu baru dia ka?,"
kawan: : "a ah. kira baru la jugak. lagu dia pas pakai tudung,"
me: "oo..dia dh kawen ka sma Ramli MS?,"
kawan: "ntah. tak kot. ni lirik cam sedeyh je,"
me: "oo...," 

hahahahah bole pulaaaaaaakkk. so sesapa yg mau dgr lagu ni ble cari trus dkt Utube k. malas sgt cari, nah i bg link tros. klik SINI. (with lyrics). yg videoklip semata klik SINI. lalalala enjoyce. bye. happy saturday. suka sbb we olls x ada kelas ganti. dh wat lama ritu. hooyeaaaaaahhh. ps: lagu2 Alyah dah jd cam Rossa. haha ;p

Tuesday, June 17, 2014

::baby post II::

17 jun 2014 (12:39 PM)

Tiba2 dtg rasa ingin menulis sesuatu di sini. Sbrnya sdg berada di bilik PML, buat ‘esaimen’ yang tak berbayar. X apa la, buat dgn ikhlas dgn niat menolong. Sambil2 tu asah otak yg sudah mulai berkarat. Haha.

Harini baby 27 weeks. Alhamdulillah. Perut makin besar. Pergerakan baby semakin kerap di rasa. Kdg2 tendangnya kuat. Kadang2 gerakan2 kecil. Comel. Selalu buat mummy ketawa pdhal x lucu pun. Bila baby x tendang, mummy rasa rindu. Kdg2 mummy cakap “baby, geraklah. Tendanglah mummy,”. Hehe...

Diberi peluang menjadi bakal ibu sgt membahagiakan. Sgt menggembirakan. Walaupun tak sabar menunggu baby ada di pangkuan tangan, tapi jauh disudut hati ada rasa sedih sebab x lama lg baby akan kuar dari perut. Mummy x dpt rasa lagi gerakan2 baby hahaha bole camtuuuuuuuuuu. 

Pengalaman mengandung adalah sgt manis dan sgt indah. Awal mengandung mengalami alahan. Lepas tu kandungan dah mulai besar mcm2 di alami. Kadang sakit pinggang, kadang sakit tapak kaki, kdg terbangun malam betis kejang, kadang x dpt tdo lena sbb kepanasan yg amat sgt, bila makan perut rasa x hadam, bila sakit demam selesma tak bole makan ubat...  kena pegi klinik pada tiap2 masa yg ditentukan... berhadapan dgn nurse2 yg pelbagai ragam.. kena minum air gula, kena inject itu ini, kena cek macam2, ...

Blm masuk kisah emosi yg berubah2. Ttiba bole menangis pdhal x tau atas alasan apa. Selalu moody dan kesian encik hubby menjadi mangsanya.perasaan yg selalu dirasa ialah kerisauan dan kerinduan yg teramat kepada keluarga yg jauh di mata. Airmata sgt mudah dikeluarkan. Syukur suami sgt memahami. Mmg perlu suami ambik tahu keadaan isteri. Tiap kali sy beremosi, suami ada memberi sokongan dan dia faham kenapa benda tu berlaku. Bgs, byk membaca psl info wanita yg sedang mengandung. Hehehe. sungguh pengalaman terbaik dlm hidup mummy.

Hehe..tetiba ja rasa mau menulis ni. Dah scan baby. Tp supriseeeeeee. X bole umum lg. Hehehe Insha Allah......... mdh2an.....

Baik2 dlm perut mummy k sayang. Ada tinggal bbrp belas minggu lagi sblm baby keluar tgk dunia. Jadi anak yg soleh/solehah dan berbakti kpd ibu bapa, agama dan bangsa k sayang.. Insha Allah mummy dan daddy akan cuba jadi ibu bapa yang terbaik utk kesayangan kami..

Baby S Q, we will patiently waiting for you. We love you..so VERY MUCH.

Ps: agak blur psl persediaan menyambut baby. Alhamdulillah google2 jumpa bbrp info yg sgt bermanfaat. Waahhhh byknya kena sedia ni. X wat apa2 lg. Hubby, bila mau shopping barang baby? Hihi. X sabarnyaaaaaaaaaaaa beli cute stuffs. Wiwiiwiwiw 

daddy, mummy and baby's hand. comelnya gambar ni kan. found randomly on internet. hehe :)

pss: baby tgh gerak2 skg. dia tau kottt mummy tgh rindu. lalalala ;p

bye. bsiap sdia mau terbang balik ke umah. jumpa daddy ;D

Monday, June 2, 2014

::rust in peace::