tajuk entry ni ambk dari bait2 lagu Erra Fazira dan Yusry KRU "Ucapkanlah". tp apa yg sy maksudkan NYA dan IA di sini ialah KEAMANAN. Ya Allah, dlu x rasa apa2 pun pentingnya keamanan. rasa biasa, rasa mcm benda tu sentiasa akan kekal. tp bila KEAMANAN sudah mulai di ganggu, mulai rasa keadaan x selamat, mula rasa takut dan terancam dgn sekeliling, barulah terasa dan sedar betapa nikmatnya keamanan itu. Allah, jgn tarik nikmat keamanan ini yg Kau pinjamkn kpd kami hambaMU yg sering lalai. Maafkan hambaMU ya Allah yg sering terlupa mengucapkn syukur atas apa yg diperolehi selama ini.
Setiap kali buka facebook, tgk berita di tv, hati rasa sebak. rasa sayu. rasa sedih. juga bcampur rasa marah, geram, sakit hati, benci dgn apa yg sdg berlaku di negeri Sabah. Sedih dgn kematian perwira2 Malaysia yg mperjudikan nyawa mempertahankan negara, dan meruap kemarahan, kebencian terhadap penceroboh2 rejim Sulu. KENAPA BARU SKG MAU MENUNTUT SABAH??? KENAPA???!!! APA AGENDA TERSEMBUNYI MEREKA??? DORG X ADA HAK LANGSUNG KE ATAS SABAH!! KAMI MAHU BERADA BERSAMA KERAJAAN MALAYSIA!!
skg ni less than a minute, check fb. kejap2 lg check fb. sbb busy ikut update psl kes pencerobohan. sedih sgt nampk pengkebumian para pejuang Msia. ya Allah serius sgt sedih nmpk ahli2 kuarga yg menunggu. wuwuwuw. bygkn kalo itu keluarga kita? apa perasaan kita dlm cuma bbrp wkt kita bertemu hanya sekujur jasad x bernyawa. ya Allah..............*sebak sgt*
ketakutan juga berada di mana2. mcm2 boleh terjadikan? kita x tau d mana 'mereka2' ni berada. dulu kata cuma di Kg.Tanduo LD, ttiba sudah ada di Semporna, then di Kunak. lps tu khabar2 angin yg menakutkan tersebar d mana2. serius skg sy x ada hati pkir psl interview SPP, atau posting, atau apa2 bkaitan dgn pekerjaan. x ada masa pkir. yg ada di hati cuma ketakutan dan kerisauan ttg keadaan semasa. ya Allah sy sgt rindukan rasa tenang dan keamanan di negeri ini. ya Allah........... :(
dulu dgr lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, x ada feeling pn. rasa lagu biasa2. nyanyi waktu perhimpunan skola dr skolah rendah smpai ke IP. x ada rsa apa2. tp bila benda camni jadi, dgr lagu tu wat rasa menangis. wat rs sebak. baru ada penghayatan. ya Allah....... sy sgt sedih dgn apa yg tjadi di Sabah skg. even berada di Ranau pn sy tetap rs cam x selamat sbb x tau di mana penceroboh2 ini berada. ada juga yg kata sebahagian dr dorang ni sudah lama duduk Sabah, bergaul dgn org Sabah, dan menjadi 'mata&mulut' kpd sang penceroboh asal (from sultan-lah sangat sulu).
Allah... lindungilah negeri kami ya Allah. kami mahu hidup yg aman dan tenang. jgnlah kami mnjadi kerakusan kuasa sesetengah pemimpin zalim yg sanggup memperjudikan nyawa orang awam yg x bsalah demi kuasa dan pengaruh politik. ya Allah kami x sanggup melalui zaman darurat spt mana yg penah kami pelajari dalam buku2 sejarah. Allah, bantulah kami hambaMu yg di zalimi.
lagi sebak bila dgr lagu Perajurit Tanah Air, Warisan,....
Semoga pencerobohan ini berakhir dengan segera. WE (SABAHANS) WANT PEACE!! WE LOVE SABAH AND WE LOVE MALAYSIA!!
aku bukanlah perwira
gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan car sendiri
Demi cinta ini
Sabahans, Malaysians, don't take peace for granted. kalau kita alpa dan lalai, bila2 saja keamanan ini boleh dirampas oleh anasir2 jahat di luar sana yg sentiasa menunggu masa mengganggu negara kita. BERSATULAH MENENTANG PENCEROBOH LUAR!! DAN PENGKHIANAT DALAM NEGARA. MUSUH DALAM SELIMUT!!
No comments:
Post a Comment
trus lo mau bilang apa?