Pagi ini dia berjalan spt biasa
ke hulu ke hilir
Membawa diri
senyum ceria sihat bertenaga
Seolah semua baik dan normal
Petang ini dia sudah terkujur kaku
di selubungi kain kafan membalut diri
Sanak saudara sahabat handai mulai menjenguk
Mata merah menahan sebak
Ramai yg btanya
"kenapa jd mcm ni?apa punca kematian?"
ada pula kata
"Ya Allah.rasa x pcya.tak sangka. baru tadi sy jumpa dia mcm biasa"
Memang. TIADA yg menyangka.
Takdir.
Pagi ini dia sihat
Petang ini dia dah pergi bertemu penciptaNya
Pagi ini sempat bergurau
Petang ini hanya air mata dan doa mengiringi
Tanpa mampu berbicara bersama
Benarlah
Yang paling DEKAT dgn kita adalah kematian
Semakin hari semakin menghampiri
Bila sampai waktu perjanjian maka tanpa lengah Izrail ambil roh
Berpisahlah sudah dgn jasad
Terpisah sudah dgn hubungan dunia
Dan yg paling JAUH itu adalah masa silam
Semakin hari semakin lama di tinggalkan
Mgkn ada antaranya yg takkan berulang
Jauhkanlah diri kami semua
Dari bayangan dan kenangan masa silam
yang mgkn tak bisa di ulangi lagi
Sentiasa ingatkanlah kami tentang kematian
Bahawa ia akan dtg bila2 masa tanpa amaran
al fatihah.
Allah jualah tempat kita bergantung harap.
Semoga Allah berikan kekuatan menghadapi ujian ini
dan hari2 mendatang tanpanya di sisi...lagi
No comments:
Post a Comment
trus lo mau bilang apa?