Thursday, June 18, 2015

::ranau quake, ujian dari Allah SWT::

kami sedang di uji. 

sebenarnya hari2 kita di uji. kesenangan itu ujian, sama ada kita bersyukur ataupun tidak.
kesusahan itu juga ujian, sama ada kita sabar, redha atau sebaliknya.

dan sekarang, kami sedang di uji dgn kesusahan, ketakutan, kepayahan.

tidak pernah terfikir dan terlintas dalam akal fikiran pada satu masa nanti, kami akan di uji dgn ketakutan dari bencana alam. Allahu... selama hampir 28 tahun hidup di dunia, inilah kali pertama sy rasa takut yg teramat. takut, sedih, gelisah, serba tak kena, sekaligus!

Bermula dgn ujian gempa bumi berukuran 5.9 sr (tahap sederhana. 0.1 lagi mencapai skala kuat!) yg berpusat d Gunung Kinabalu (daerah Ranau) pd 5 Jun 2015. Alhamdulillah takdir Allah SWT sy x merasa gempa kuat tersebut sbb berada di rumah in law (Beaufort) pd hari kejadian. tp smpai Bfort rasa gegarannya ok! jauhnya jarak Beaufort - Ranau, tp gegaran masih dirasai. bygkn gegaran yg di alami oleh mereka yg btl2 sedang berada di Ranau pada masa tsebut! Allahu Akhbarrrr. menakutkan sungguh.

Gempa kuat tersebut mengorbankan 18 orang pendaki dan malim gunung. Selepas gempa kuat, kami terus mengalami gempa susulan BERPULUH2 KALI. PULUHAN yg x tau jumlahnya sudah. (gempa terbaru semasa sy menulis entry ini ialah pd hari ini, khamis 18 jun 2015 jam 5.58 am dgn kekuatan 4.0 sr. yes mmg rasa!! smpai lutut sy rs menggeletar takut dan terkejut)

x habis dgn gempa and uncountable aftershock, runtuhan batu2 di kaki gunung terus berlaku. Batu2 yg berjatuhan, pecah, mengalir ke sungai. Kandungan dlm batu2 merubah warna dan bau sungai. alkali sgt tinggi. ikan2 juga byk yg mati. bbrp penduduk terganggu sumber air. kemudian dlm bbrp hari ini, hujan berterusan melanda Ranau menyebabkan tanah runtuh, banjir dan sekarang, seluruh daerah Ranau ketiadaan bekalan air bersih (we call it as air kerajaan) berikuatn loji air Ranau dipenuhi kayu balak yg di alir dari sungai Mesilou (bersambung dgn sg, Liwagu, punca air terawat Ranau). Bekalan air mineral juga habis. syukur kami di area Lohan (tp x semua rumah) msh ada sambungan air graviti. kalo tidak.. mmg darurat! huhuhu.

tp sy sgt terharu melihat kerjasama dan kesanggupan warga sabah membantu kami. air mineral dihantar berkotak2 dari pelbagai daerah. ada juga mereka yang membuat saluran paip utk aliran air graviti di kwsn penduduk terjejas.kwsn plg terjejas area Pekan Ranau. seyes sedih. restoran2 n gerai2 byk yg tutup sbb x ada bekalan air bersih. hospital n klinik2 also affected.

mulanya berniat mau upload pics, tp rsnya x perlulah. sudah byk gambar2 di media social such as facebook and whatapps memperlihatkan keadaaan kami di Ranau. sedih, tp cuba bertabah. pasti besar hikmah mengapa Allah SWT turunkan bencana kepada kami. Kami redha insha Allah. cuma perlu sokongan moral. x perlu hinaan, makian, cacian, di adili oleh bangsa/negeri lain. ini bahagian kami dan kami terima. cuma skg msh trauma. selemah2nya diri sy sendiri. semoga Allah beri kekuatan mhadapi. skg ni, lori besar lalu dpn rumah pun jantung berdebar kencang, bdn rasa meringan huhuhu trauma gempa susulan berkali2.

doakan kami di Ranau.

#kekaltabahsabah

No comments:

Post a Comment

trus lo mau bilang apa?