Wednesday, July 23, 2014

::Allah lebih mengetahui::

POST TERTANGGUH.

hari ini baru ada kekuatan menyambung cerita. if u recall here, sy tulis psl saat tak terduga. tp tiap kali jemari menari (gediks. tulis jari menulis suda la haha), sy mesti rasa x dpt teruskan. sama ada x ada mood, atau ttiba rs sedih.. atau overall x mampu nk menulis.

 *********************************

Salam.

hari ni hari terakhir persekolahan... insha Allah esok sehingga 15 Jun akan bmula cuti skola. hooyeah! banyaknya plan wktu cuti. mdh2an diberi kesempatan utk melakukannya...huhu. payahnya jarak tmpt keja dgn tempat asal yg jauh2 ni. insha Allah malam ni akan berada di Sabah! x ble tggu smpai esk. malam ni trus berangkat2 balik. x mau buang masa lama2 duk sni.haha

k la...harini cuba mengumpul kekuatan tulis psl 'kehilangan' tu. susah sbrnya. sbb sedih masih terasa. kdg2 rs x pcaya pun msh ada. mcm x sangka mereka2 tu dh x ada. huhu...

kehilangan mengejut yg ptama..

my dad's bestfriend. arwah Uncle Saily :( ..... pemergian yg sgt mengejutkan dan menyedihkan. masih terkesan sampai skg. even tgh tulis ni pun hati rasa sebak sgt.. apalagi pemergian arwah tepat pada hari lahir my dad 24 mac 2014.. benda yg sgt pedih utk dikenang. kawan baik pergi pd hari lahir. mmg x akan dpt dilupa.

pemergian arwah sgt x terduga. masa tu cuti awal semester (cuti mula 22/3/14 - 30/3/2014) ... start 20 - 25 mac tu spttnya trip my dad and their friends (beramai2. pakej pelancongan) ke Indon. sesaja pegi. dad dah pegi Indon 3x rasanya tp x pa la kn, sekadar bjln2. skli ngn my mom, arwah uncle and his wife aunty Roslene..and many more. trip dorg mula di Bali, then ke Jogjakarta, then ke Jakarta. sehari slps sampai sana tu (hari jumaat-21 mac) my mom ada ckap dia rasa x sihat. sbb byk sgt jalan smpai kaki melecet2 n pening muntah2 sbb x tahan lama duk dlm bas. mom ada ckp juga ada bbrp org juga yg sakit termasuk arwah uncle. tp sy rs mcm biasa2 sj. lgpun arwah uncle ni mmg selalu sakit kalo jenjalan di mana2. masa trip dorang g Vietnam 2012 pun (skli with dad, mom, his wife etc), uncle sakit juga. sakit perut sampai pucat x larat jalan. masa di Indon ni pun mom ckap dia sakit cam dulu, sakit perut. so sy assume dia x ngam ngan makanan2 tempat asing. x ada fikir lain pun.....

ttiba pagi 24 mac tu (dlm jam 8 pg wkt Msia), my mom called. then dia gtau "ada perkara paling menyedihkan blaku...uncle Saily meninggal dunia.."

Allahu rabbiiiiiiiiiiiii...!!!! mau tcabut jantung dgr. automatik menangis teresak2 smpai my hubby risau. Allah Allah Allahhhh. mmg sgt100x sedih dan terkejut dgr berita tu. juga rs x pcaya. automatik juga rasa mau jumpa my mom and dad masa tu. rasa Indon tu sgt3x jauh di hujung dunia. 

lps tu, sy bckap dgn daddy, ucap selamat hari jadi...tp dalam keadaan menangis teresak2. daddy pun x bole bcakap. dia trus bg fon dgn mom. mom ckap daddy dr td bbrp kali menangis dan nampk sgt3 sugul. suasana kegembiraan bercuti bertukar jd kesedihan yg teramat.......

according to mom, uncle meninggal waktu tdo. bilik hotel my parent dgn arwah+wife berdepan sj. mula2 my mom dgr bunyi2 bising di luar. pastu bila jenguk ada bbrp org sdg berdiri di luar bilik (all women). sorg tu cakap "cuba kamu pgi tgk kenapa cg Saily tu..," (sambil menangis). mom and dad cpt2 keluar. daddy org ptama masuk bilik tu (lelaki). yg lain duk luar x berani masuk. aunty Roslene sudah terduduk tepi pintu sambil menangis2 n cakap "kenapa dgn dia tu... semalam dia baik lg sgt,".

daddy ckap, dia pegi dkt arwah. nmpk mcm org tdo keadaannya. pastu daddy pgg tgn dia, sejuk. tp kaki dan dada arwah masih panas (mgkn sbb pakai selimut). pastu yg plg menyedihkan daddy gerak2kan arwah sambil ckap "insi..modop ko ti. posik bo. mibok kito teinu," (maksud: insi, ko tidur ni. bangun bahh. kita mau jalan ni nanti). daddy gerak2kn arwah walopn dia tau arwah sudah tiada. tp dia msh mhrp arwah akan bgn spt biasa. Ya Allah sedihnyaaaaa......... :'(

lps tu, panggil doktor. then doktor kata arwah meninggal sekitar jam 4.30 pagi wktu Indon. masa dia periksa tu, arwah sudah sejam meninggal. Allahhhhhhh :( ...bila sudah smpai masanya Allah panggil, x akan lewat walo sesaat pun masanya. tanpa ada sbrg amaran, tanpa ada sebarang tanda. 

sudahnya meninggal di luar negara, pengurusan bawa balik tu mstilah lagi agak payah. kos berganda2. nsb baiklah anak arwah dpt urus semuanya dgn baik dibantu oleh kwn2 pegi melancong sekali. mcm dad n mom, mmg x ada fikir shopping segala ka apa. semua bgi utk urusan jenazah (pengurusan, bawa balik dll)

alhamdulillah...26 mac tu jenazah arwah selamat smpai di Ranau. terus d bawa ke tanah perkuburan. kami sempat menziarah..semoga ditempatkn dlm klgn org2 beriman uncle..alfatihah :(

balik dr Indon tu, daddy cuba blagak biasa walopn kami tahu dia rasa kehilangan yg amat2 sgt. bygkn dia kehilangan sahabat baik dunia akhirat! daddy dgn arwah uncle bukan 5,10 tahun berkawan, tp sejak kecik! berpuluh2 tahun. setengah abad mungkin. kawan dr skola rendah, skola menengah, masuk maktab sma2 dan jadi cgu sama2. 

sy igt lagi daddy penah ckap (x igt benda ni tahun 2011 atau 2012), masa tu di meja makan pastu fon bdering. arwah uncle call daddy. x ada benda penting di cakap pun. cuma tny "di mana, buat apa. sudah sihat ka?," (sbb masa tu dad kurang sihat). lps letak fon, spontaneous dad ckap "Uncle Saily la kawan baik daddy paling lama. dia la kawan bermain, dia la kawan bgaduh,"

masa skola rendah, uncle Saily la kawan dia bermain. wktu skola menengah, dorg duk satu dorm. katil double decker. daddy bawah, arwah di atas. penah satu hari tu, arwah beli jam baru. pastu dia bg daddy tgk. daddy belek2 jap pastu pulangkn. ttiba arwah kata "eh kenapa jam sy ni x bgerak suda?? ko yg ksi rosak ni," ..pastu daddy x puas hati "manada sy ksi rosak. skejap sj sy pgg," .. pastu dorg bmasam muka bgaduh. ttiba petang tu, dah main bola sama2. hahahaha 

tahun 2013, arwah jadi pengerusi MGB (Majlis Guru Besar) Daerah, daddy timbalan. so dorg mmg akn selalu bsama ke mana2. jalan sma2 (sama ada bw keta arwah or dad), g kursus mana2 mst hotel sebilik. mmg kebanyakan msyurat dan kursus drg akan pegi bsama. pastu dlm sehari mst akan call (sama ada dad or arwah yg akn call). mmg x ada benda di cakap pun. sekadar btanya khabar. kdg2 bw minum2 di kedai borak2 kosong. mmg teramat bestfriend! salah satu bukti dorg akan ke mana2 sj sy penah tulis sini, masa tu dorg kursus. mesti sama2 :(

sehinggakan smpai arwah uncle meninggal, daddy la org ptama yg berada di sisi arwah (selepas isteri). kwn2 dad yg lain ckap "sahabat hingga ke akhir hayat"... mmg. mmg sgt3! daddy juga ckap dia mcm x sanggup delete no.fon arwah dr hp.. rs msh tercari2. kdg2 masih tersasul mau g memana "mau call si Saily dulu," ..... then baru terigt arwah sudah x ada.... :(

lps arwah meninggal, mom ckap dad dah mcm lain. dia dh x ada kawan yg btl2 rapat mcm arwah. mmg la ada kwn lain tp arwah la satu2nya kawan dad yg paling lama. arwah bukan setakat baik dgn daddy, dia dan keluarga baik dgn kami sekeluarga juga. tiap2 tahun kalo raya msti g umah kami, dan kami mst g umah arwah. masa we olls kawen mmg plg xcited sbb masa my sis kawen, arwah bagi "wang besarrrrrrrrr" (amoun dia plg banyak antara yg lain. haha. bperangai teruk. pastu msa sy kawen, we olls xicted buka angpau dr arwah juga. alhamdulillah, same amount mcm msa my sis kawen. arwah sgt baik, x bkira dgn kami. 

my sis ckap, msa dia craving for KFC di Beluran dulu (x ada kfc sna. jarak dlm 3 jam dr Ranau), arwah uncle dtg bawakan big bucket of ayam for her. masa my sis baru beranak, dia dtg melawat n bg adiah. n juga igt msa pjlnn ptama sy posting Swak (14 mac 2013), arwah yg antar sy g airport. wat pesan baik2 d tempat org dll...overall arwah sgt3 baik dan sy dh anggap dia mcm salah seorang ahli keluarga tdekat.

even we are not blood related, sy sgt3 terasa kehilangan arwah. bbrp hari lps kejadian, sy msh menangis dan rs x pcaya arwah uncle sudah x ada. rasa ada yg hilang dr jiwa. sungguh terkesan! my mom pun cakap since arwah x ada, my dad ttiba rajin bw my mom temankan dia g mana2 msyurat/ kursus. peliks sbb sblm2 ni x penahhhh la dad membawa mom temankn dia kalo hal2 kerja. but my mom ckap mgkn daddy rasa 'sunyi' dan 'kehilangan' slps kawan baik dia pergi. Alfatihah Uncle...uncle sgt3 baik dan semoga Allah menempatkn arwah dlm golongan orang beriman dan di ampunkn sgla dosa2. 

print screen dr FB daddy (dah lama pos ni)... sungguh menghibakan. gambar ni d ambk sehari sblm arwah meninggal.

kalo tgk gmbr2 dlm tab dad pun, kebanyakan gambar dia mst ngan arwah. pstu dad ada ambk video psembahan di Bali. smpt masuk arwah juga. pastu daddy ckap "kalo la daddy tau arwah jadi mcm ni, daddy ambk video dia lama2.....," sedihnyaaaaaaa :(

selamat tinggal uncle. u will always remain in our heart.. and his wife ada ckap ngn my dad "sy bsyukur sbb Allah pinjamkan dia dgn sy dgn berpuluh2 tahun lamanya. sy bsyukur hidup dgn org yg paling memahami sy dunia dan akhirat. skg sudah masanya Allah pisahkan kami, jd sy redha..." huhu... mmg smuanya hanya pinjaman dr Allah. sampai masanya Dia akan ambil semula. x ada satu apa pun di dunia ini milik hakiki kita.

kehilangan mengejut yg kedua..

suami kpd kazen sy. meninggal mengejut pada 20 April 2014. umah dia btl2 dpn umah sy sj. so mmg akan selalu nampak.

updated on July 23rd 2014

sudah lebih kurang 3 bulan abg A tinggalkan kami sekeluarga. yg paling terkesan mestilah isteri dan anak2 beliau. anak2 plg kecik umur 14 thn, yg besar 25 tahun. tp pun baru grad tahun lps, blm ada rzki keja. dua org anak msh d U, n sorg 16 tahun. isteri arwah keja cikgu (my cuzzy, kakak IY). arwah meninggal pd hari hubby and i bertolak balik Miri. 16 april tu balik Sabah. spttnya 16 - 20 april.. sadly 17-19 april tu daddy g KL, terima anugerah New Deals for his school. balik dr KL tu, daddy cam x berapa sihat. dia kata jalan cam x stabil. pening2. risaunya sy. huhu. tp mau wat mcm mn, suka x suka kena juga balik Miri. haish :(

flite we all ahad tu jam 7.25 malam. so mmg gerak lewat dr Ranau. dlm dkt jam 2 pm bru jalan (naik bas.kesiaaannn). ttiba dlm jam 3 pm, my mom called. dia tny dkt mana skg n nada suaranya sgt cemas. bderau darah bila mom ckp "bgs kamu patah balik la Ugou,". cemasnya! dalam hati terfikir daddy sj. sgt risau if ada apa2 tjd dgn daddy. pastu bila sy tny "knp ni mommy!!,". mom cakap..."em...abg A sakit teruk skg,". lg pelik. abg A? eh pagi td dia nmpk sihat. lps tu mom ckp lg "kan tengahri td bapa L tepon daddy mta tlg padam api di kebun dorang abg A. (api dari kebun dorg merebak sbb cuaca panas dan angin kuat). mungkin dia terhidu asap berlebihan..,".. pastu sy tny lg, "teruk mcm mana tu mami?," ..and lambat2 mom jwb "sbnrnya abg A tiada lg..,". Allah3. ini mmg sgt mengejutkan! baru pagi tu sy nmpk dia di luar rumah. tiba2 petang ni dia dh x ada.. Allahu rabbi...sesungguhnya ajal itu rahsia Allah.

kami minta drop bus di Pekan Nabalu. tggu daddy ambil. lepas tu rush balik umah. kami smpai umah, jenazah pun baru sampai dr hospital. sungguh rs x pcaya pagi td dia masih sihat berjalan, siap g berkebun, tiba2 petang tu dia dh di usung.... :(

punca kematian arwah sesak nafas lemas asap. sbb according to his son, dorang mula membakar kwsn kebun dkt tengahari. tp cuaca sgt terik, dgn keadaan angin kuat, so kebakaran tu merebak ke kebun org lain. arwah dan anakknya sibuk padamkan kebakaran (dan mgkn lupa call bomba). anak dia ada call bbrp org utk mta bantuan. dia kata lps dia call sorang (uncle), bila dia menoleh arwah ayah dia dh tersembam pengsan. masa tu da ada bbrp org dtg, cuba bg bantuan tmasuk CPR tp x bjaya. kaki arwah semua da kejang. pastu call ambulans, dan smpai d hospital doktor sahkan arwah sudah tiada........

sy n B x jadi balik Miri. both ambik 3 hari crk. keesokan harinya barulah arwah dikebumikan.tggu anak2 arwah balik semua. sedih sgt. anak arwah sorg bljr d Sjung, smpai d umah dlm jam 3 pg +. dtg umah ja blari dan terus peluk jasad kaku ayah dia. Allahhhhhhhh...sebaknya :( :(

dlm sekelip mata, kita boleh kehilangan org yg plg kita sayangi. hanya ada satu syarat utk mati, iaitu hidup. yg hidup PASTI akan mati. bukan sakit syaratnya, bukan tua syaratnya, bukan kemalangan syaratnya, dan bukan apa2 yg lain syaratnya. hanya 1, iaitu hidup. huhu...semoga Allah beri kita kesempatan bertaubat dan di matikan dlm keadaan khusnul khatimah. aaaminnn.........

k, tu shj cerita psl pemergian x terduga tu.. mmg both x diduga. lagi2 dlm keadaan kedua2 mereka ni sihat wal afiat. raya tahun ni mmg sudah rasa perbezaaannya. tiap tahun mst g umah uncle Saily. tp tahun ni dia dh x ada... dan tahun ni kami wat open house gabungkn 4 family (termasuk family abg A).. dulu wat asing2 tp kehilangan dia sgt terasa terutama isteri dan anak2. so dorg decide gabungkn bbrp family spy x terasa sgt suasana sedih dia dh x ada.

al fatihah.............

lagi 2 hari mau balik Sabah! Insha Allah petang jumaat da menikmati udara Kota Kinabalu (yayy. mcm bgs. byk pilakss. hahahaha. udara Ranau br best! heeeeeeeeeeeeeee). tp tahun ni raya giliran sblh suami. so perasaan tu..neutral. haha

bye.
ps: bole ka tdo skg ni? spt biasa di bilik pml. adoiiiii ngantoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 

No comments:

Post a Comment

trus lo mau bilang apa?