Friday, March 30, 2012

::tempat jatuh lagikan dikenang::

INI POST YG TERGENDALA SEJAK HARI SABTU (24 MAC 2012) YANG LEPAS. BARU SEKARANG ADA MASA UPDATE..!!MY MY. BZ SGT KERWWWW.~

today is my daddy's bday. HAPPY BIRTHDAY DADDY..!! i love you so much. terima kasih sbb membesarkan, memberikan pendidikan yg baik, menjadi ayah yg penyayang dan sgt optimis, sentiasa berusaha memenuhi kehendak anak2, dan baaaaaaaaaaaaaaaaannyaaaaaaaakkkk lagi pengorbanan yang telah dilakukan. sebut satu2 mmg x kan muat page. terima kasih sudi belikan keta, sudi bayar bulan2, sudi isi minyak, sudi cuci keta selalu dll. HEHEHEHEHEH. I LOVE U DADDY..!! and happy bday to my rumet too. she shares a same bday wit my daddy. hehehe

okeh, nanti2 dulu update psl bday daddy.  sgt teruja utk tulis psl many things but tangguh2 dulu. cerita yg ni lebih sket keterujaannya. lalalala~. pagi tadi, lepas balik dr jogging d kompleks sukan ranau with my dad (will blog abt KSR later), kami g cari2 sarapan di kg.lohan 1. then kami balik, ikut jalan yg melalui SUI (skola ugama Islam) Lohan. then daddy ckap "naah mesti Intan rindu kan ni skolah?byk kenangan Intan. salah satunya pinggang Intan penah lebam sbb terlanggar bucu meja,". then sy kata "ya bah?? intan x igt sudah. lgpun bangunan ni smua baru suda. dulu2 bangunan kayu. tidak terasa memori sgt," then ada lg la conversations seterusnya.

 tiba2 lalu d SK.Lohan (my previous primary school), sy kata ngan daddy: "eh daddy, mari bah singgah di SK.Lohan kejap. Intan rindu ooo sana,". (tiba2 la pula kan. slalu x berperasaan pun.haha). then kami singgah la di SK.Lohan terchenta itu.....

masa masuk sj kawasan skola tu, hati sy tiba2 rasa sebak, sedih, dan rindu. SERIUS. rasa SAAAANGGGAATTT RINDU dgn zaman kegemilangan kanak2. hampir setiap sudut di skola tu menyimpan kenangan manis+pahit+lucu dgn sy. sebak gila okeh..!!

sungai di bawah SK.Lohan. penah ikut cikgu praktikum (Cg.Saila) cuci2 kain di sini. seronoknya!

sungai, jalan, keta

 
sejarah SK.Lohan ;) :) 

stor tempat tukar baju waktu PJ. murid perempuan suka masuk beramai2. hehe~

cantiknya taman SK.Lohan skg.

 mengimbau kenangan. tempat letak keta pentadbir.

 
tp waktu di SK.Lohan, my dad ialah PK.2 (PK.Hem)

kawasan ni sy slalu main konda-kondi dgn kwn2. tp masa dulu rumput blm tumbuh sgt.

padang kami zaman kanak2. rindunya!

di bawah pokok ni budak2 lelaki slalu bkumpul sblm main bola.

Visi dan Misi SK.Lohan..!!

SK.Lohan Ranau

tangga menuju ke kelas Tahun 6 (dulu2 la.skg sudah lain)

kawasan tahun 6 (dulu2)

kawasan perantaraan bangunan konkrit dan bangunan kayu di SK.Lohan

dulu2 belum ada lagi bangunan ni. 

kantin sekolah.

taman sains (kot). dulu2 sini tmpt projek sains kami. tp x penah tumbuh apa2 pun.hahaha

kawasan bilik guru dan bilik2 pentadbir. Sgt segar diingatan keadaan guru turun naik tangga ni. sy pun setiap hari akan ke sini (ke bilik my daddy) sbb my mom bekalkan makanan kami dgn dady. SY RINDU..!!

heheh! pagar tuuuu tempat sy bertugas (as pengawas) tulis nama murid yang lambat dtg ke skolah. sukeww letteww tulis nama murid lambat. then bahagian kiri pagar tu, kawasan pembahagian susu sekolah. bahagian kanan tu pula (pondok2), sy SGT INGAT kami disuruh berkumpul di kawasan ini waktu berlaku gempa bumi 1995. sy menangis2 masa tu sbb takut. ;p ;p

 tugu kolam. kalo x silap benda ni di wat tym sy skola disini. mgkn la. x berapa perasan.

kolam yg ada ikan. teringat masa Kem Bina Semangat (KBS) 1997, ada satu malam tu semua kwn2 sekumpulan sy di rendam dlm kolam ni sbb lakukan satu kesalahan. (sy pn x igt apa salah tu, tp yg penting kumpulan2 yg wat salah disuruh masuk dlm kolam).WAKTU MALAM, sekitar jam 10.30 pm. sy x tau pun dorang kena denda tau. serius x tau. cuma perasan bila sy ahli2 kump. sy hilang. then bila muncul, sy tny dorang dari mana, then kenapa seluar basah2 semuanya. then dorang kata "kumpulan kita kena denda masuk kolam,". sy sgt la pelik sbb sy x dipanggil pun. SATU2NYA ahli yg tkcuali. when i think abt it back, mungkin sbb (MUNGKIN SAJA), sy anak cikgu skola masa tu. (my dad penolong kanan HEM), dan yg handle KBS ni guru2 praktikum. x yakin mendenda anak cikgu. nanti markah praktikum dikurangkn. ooh sgt mengerti perasaan itu bila mengalaminya sendiri. he..he...

 
pusat sumber 

lukisan2 ni ada since forever kottt. Cincin ~ Dadu~ YEP. mmg ada sejak sy skola di sini dlu.

jalan from pusat sumber to kantin.

tandas.

kantin skola. tangga tu mmg mcm tu sejak dulu. x ada perubahan sgt, cuma skg ianya semakin senget.

astaka. dulu ada bumbung dan tiang tempat ni. tempat main tukar2 tiang, pastu siapa x sempat sampai ke tiang kawan, jadi 'hantu'.

SK.Lohan sentiasa dihati. walau hampir 14 tahun meninggalkan SK.Lohan, tp kenangan sepanjang berada di sana x penah luput dari memori :)

hehehehe sy x berapa xcited lg update cerita ni sbb hampir basi.duduk dlm draft dkt seminggu. byk lg mau update; abt my dad's bday, psl kompleks sukan ranau..dll. but asyk tadew masewww~. bz bebenor. pdhal kdg2 x berapa busy tp x tau la apa yg diwatnya. heeee.

till then, babai! 

ps: officially 4 more weeks left. cant wait to get back to my normal life. bgn jam 6 am, g skola 7.25 am. ohhh time, pls flies fast! heeeeeeeeeee~

Tuesday, March 13, 2012

::having so much work to do; just decide not to do any of it::

skg ni jam 10++ am di awal pagi. pagi selasa yg indah err mendung sebenarnya. sy berada di hadapan lappy, merangka2 tulisan blog, serta sesekali menjeling kertas soalan yg masih bertimbun utk ditanda. oh WHYYYYYYYYYYY got so many papers to marked, dan beberapa ketul lg kerja yg lain. aihhhhhhh lemahhhhhhhhh. tambah sebulan cuti lg, bole?? (kenapa sy rasa hidup sy dipenuhi rungutan dan bebelan tanpa henti? hahahaha)

banyakkk keja plu diselesaikan tp sy amat lemah utk meneruskannya. Semalam, baru satu mission accomplished: esaimen berbayar. sy wat kejap sj. start tengahari, lewat petang sudah siap. see, kalo berusaha bersungguh2 pasti berjaya. tp mmg dasar suka tangguh2 keja. keja sikit rehatnya bertahun2. mmg la x siap.........!

tadi g membelek2 tugasan duniawi yg sedang menanti. meh la tgk sikit2 (plus bg reminder utk diri sendiri).

 buku rujukan kaunseling. kenapa harus ada ni??

 sebab ada esaimen laaaaaaa.

 lemah! x begerak apa2 pun lagi. haih.......

 Jurnal x siap lg. bukak skola nanti sudah masuk minggu 7. jurnal minggu 6 blm buat lagi. aihhhh. T_T

 keja budak hari isnin (sebelum exam) hari tu pun lum cek. ggghghhh...!

 papers yg menunggu utk di tanda. mcm x sanggup mau kuarkn dr beg saja! (baru sebahagian kecil siap ditanda. lemaaaaaaH..!)

 ngeri utk memeriksa. Bahasa Melayu bh ni! 

 papers PSK Tahun 4 K. yg ni sudah siap cek.yeay! ;) :) tp ada satu lg set papers PSK dari kelas 4Z. (sedang berusaha menandanya sekarang.chaiyok2!!)

 kajian tempatan 5K. blm mula tanda. sobsssssss

 kajian tempatan 5B. pun blm mula tanda.

 tulisan yg pelbagai. versi i
 versi ii - bole pulak karangan ada wujud nombor2? ni secret agent dr CIA ka?

 versi iii - sy rasa ni based on true story. murid2 4Z mmg suka cerita peristiwa sebenar yg berlaku dlm hidup dorang. ayat last 'kata Hasmirul dia mahu membeli sehelai rambutan'. SEHELAIIIIIII..!! T_T bila pula cikgu ajar penjodoh bilangan rambutan ni sehelaiiiiiii. adoyaiiiiiiiiiiiiiiii bole cikgu nangis skg jugak?

 versi iv - atas2 tu bole baca lg. bawah2 ni sumpah cikgu x nampak apaaaa!

oh FYI, gambar2 ni mmg sy sengaja letak watermark sbb sy rajin sy bimbang dan x mahu ada pihak menyalahgunakannya (post dan share d FB) atau yg kata sy letakkan karangan2 budak utk bahan lelucuan semata2 dan utk mengaibkn murid sy. TIDAK. sama sekali tidak. sy x berniat menyebarkan karangan2 ini utk diketawakan spt yg blaku di facebook. sekiranya berlaku penyebaran gmbar2 ni, at least bole tau dari mana source, siapa bertanggungjawab ke atasnya and tujuan ianya dipaparkan. ni sy cuma mau gtau bgmana tulisan2 murid kdg2 bole wat mood kita berubah from :) to :( and or :-|| .. betul. mood kita boleh berubah dlm sekelip mata wkt cek papers budak2 ni terutama bahagian subjektif. Guru pun manusia biasa, emosi berubah2. kalo kena2 cek paper ni tym emosi cikgu x stabil, loh gimanaaaa harus?? silap2 menjadi penambah stress. ok kalo camtu, cek papers waktu mood tgh baik la kn? tp tgh2 mood baik, bsmgt cek papers satu kelas 30 org, tp hasilan cuma 1 atau dua murid jawab baik, baki 28 yg lain jawab ntah apa2, mst mood cikgu boleh berubah jg kn. hmmm sabo je laaaaaaaa. (pastu mst ada laa tu pemikir positif akan kata: sabar laa. ni kan dugaan dan cabaran kita sebagai cikgu. kalo x ada cabaran, hidup x ada manisnya). ok2. thanks. HA!HA!HA!

x dinafikan guru tetap ada salahnya bila murid x ble wat karangan yg baik. (maknanya guru x dpt ajar dgn baik dan ilmu tidak dpt diterima dgn sempurna oleh murid). tp sy mmg ada bg murid nota2 psl karangan, and dua minggu sblm ujian tu sy ada mta murid tulis karangan 'Tragedi dalam Hidupku', and seminggu sblm ujian sy ada mta murid wat karangan 'Peristiwa Paling Manis dalam Hidupku'. ok masa baca karangan tragedi tu mmg otak sy serabut juga baca. then sy bg nota psl karangan, n mta wat murid Peristiwa Paling Manis dalam Hidupku. yg tu keja murid x hantar. salah cikgu lg ka? wuwuwuw~

tanda papers PSK pula, hmmm.. kalo cek jwpn mcm ni, ok juga.


tp kalo jumpa yg mcm bwh ni????? BOLEH CIKGU MENGAMUK??

murid ni, sy kenal. dia ni bukannya x pandai membaca. PANDAI BACA DAN KENAL HURUF. tp dlm kelas mmg slalu main. sy akan panggil nama dia scr kerap sbb bila sy bercakap di depan, dia pun sibuk bercakap d belakang. grrgghhh mmg cikgu mau marah ni! nampak sgt budak ni cuma tulis ikut suka hati dan x baca arahan. kalo budak dyslexia, tulisan dia 'sdedahdajdhadajdah asdgahdgasfdays' (x kenal suku kata, cuma suka2 tulis huruf), tp tgk murid tu, suku kata mmg betul tp ntah apa2 tulisan dia. bole pla jawapan : MINGGU DEPAN DULU. apalaaaaahhhhhhh tuuuuuuuuuuuu~

huhuhu. sesiapa yg kata tugas cikgu tu senang, dont judge 1st. try to put yourself in our (teachers) shoes, only then u will know susah atau x jadi cikgu. igt cikgu2 ni x susah hati ka kalo murid x tau tulis,baca? para guru sentiasa berusaha sampaikn ilmu spy murid bole jd pemimpin dan tulang belakang masa depan negara. guru mau murid pandai, mau murid berjaya. and selain mengajar murid, byk lagi t/jawab yg plu dipikul oleh guru. mmg la ada segelintir guru yg x berapa bersungguh2 keja. but still, keja jd cikgu tu x senang! (err plu ka ayat unsur emo di sini).hahahahah

hmmm baiklahhhhhhhhhhhhh. sekian dulu. mari berusaha wat keja. (pdhal lemah dan krg bermotivasi).

ok hari ni sudah selasa. keja x siap apa.wuwu~! oh and yes, sy skg g jogging pagi2 wit daddy d kompleks sukan ranau. for beginner, 5 round only. (1 round=800 m). sy ja la. daddy ntah berapa round ntah. banyak2 round. nanti2 boleh tambah lg.hehhehe chayo2!!

everything  seems so much more entertaining when you have homework to do! credit to derp p.herp. hehe

Sunday, March 11, 2012

::suka la tuuuu~::

memang la suka. sy baru saja selesai membeli stuff from kak aida. hewhew. nampk items sold pd pic white cotton dan mascara tu? saya la tu pembelinya. honestly penah skali skala masuk page kak aida, tp x penah pla comment. silent reader sj la. tp x tau knp tadi, accidentally masuk page dia, nampk baju tu, omg so kawaiii. trus pantas capai hp, n text dia. alhamdulillah, rezeki sy kot. msh available. mascara tu pla, sbb rsa murah. sy mmg suka barang yg cantik dan murah.buktinya, sy suka beli preloved items. klik here to recall, and here too.ooh so suka! dgn kawan2 pn slalu ja beli stuffs dorang. for instance, beli baju2 lama from Nurul, and tudung2 from Pika. Pika ni siap ada blog lg. ni blog dia. tp kalo dgn Pika, x pyah beriya jual beli from blog. g bilik dia, dan cari shawls/inner yg dia jual, pilih mana berkenaan, then bayar cash. haha. bestnyaaa ada penjual bundle terdekat ni. penah juga beli shawl from Ain. rm3 if im not mistaken. hahaha.

kalo g bundle d pekan pun, slalu cari sandal murah2 di tepi kedai hiap lee tu. arga sandals rm8 to 10. masih cantik bh. x rugi membeli. hehehe. sy mmg jenis x tgk brand. yg penting, murah dan cantik di pandang. yeay! 

ok dats all for now. sgt xcited smpai rajin menulis blog. RAJINNYA TULIS BLOG, SEMUA KERJA X SIAP LAGI. haihhhhhhhhhh.tanda papers exam PSK/KT/BM. GILA BANYAKNYA. tambah2 lg tgk 'jawapan2 aneh' dr murid. kejap rsa mau gelak, kejap rasa mau marah. fuhhh sabarrrrrrr. sabarrrrrrrr. mmg kena byk bersabar. ada lagi esaimen kaunseling. (blm bersentuh apa2). and ada satu esaimen berbayar. smua blm sentuh :( wuwuwuw

ok la bye. mgkn bole berjinak2 dgn esaimen berbayar terlebih dahulu. 

ps: bestny B d KL skg. jelesssss.

pss: teringat sorang murid th.5 B. kelas ni mmg lemah sket, ranking terbawah dlm 4 kelas. mmg sy kadang gerammm mengajar sbb berkali2 ulang, still x faham apa di ajar. (err bukankah sy mmg kena byk bersabar sbb dorang mmg kelas plg lemah?). tp hari tu, waktu sy jaga exam kelas dorang, ada sorang murid pompuan scr tiba2 dtg jumpa sy n kata "cikgu, dlm byk2 cikgu di sini, saya paaaaaaaling suka cikgu!," (hopefully dia bkn sekadar bodek.haha). saya senyum saja, pdhal dalam hati: wuuuuuwuwuwuwuwuu tqqqqqqqqqqqqq. terharunya!.  hehe ;)

Thursday, March 8, 2012

::funfair yg sgt fun..!::

last night i went to funfair wit my 7 other friends. sy ni pantang dgr ada nama funfair, hm pantas la tu mau g di sna. lgpun kebetulan minggu ni sy free, so kena la gunakan masa terluang 'sebaik' mungkin. kalo minggu ni sy bz spt slalu, alamatnya x ada masa la sy mau g bersiar2 di tempat best2 pd waktu mlm. hehe. 

UK funfair tu buka jam 6 petang. kami gerak dr asrama 5 minit b4 jam 7 mlm (solat maghrib dulu). tp cuaca sdkt x memberi kerjasama apabila hujan turun secara berintik (AYAT BAHASA MELAYU YG BETUL LG KA NIIIII???!!!! ggrghhhhh tensi jd cikgu bm). seb bek x lama sgt. mula2 kami (read: saya dan vyen ja!) sgt xcited cam anak aym tlepas dr pandangan ibu. x sabarnya bermain segala pmainan yg ada.(CEH MCM LA BYK DUIT! 1 token = rm2. satu pmainan prlukan 2 atau 3 token. matik!). tp masa tu x ramai sgt org. so games tu x jalan sbb x cukup org. sempat la kami g beli2 makanan2 menarik yg ada disediakan di skitar tmpt tu. masa tu mmg agak lapar tp sy x mau makan sbb takut muntah. kami smua beli kebab ayam/daging sbb mcm smells good la tym tu. x apa, simpan dlm beg dulu. kebab sy dan rumet sy letak dlm beg sy la sbb rumet x bw beg sandang.

now, game ptama yg kami g main ialah.............TAGADA. tau ka mcm mana rupa btk tagada? ni hasil carian di encik google:

 tagada

sepanjang sy g masuk funfair d keningau ni (sbb funfair d ranau x penah ada wujud benda alah camni), ini baru kali ptama sy bermain pmainan ni. mcm x tau la sgt mcm mana keadaaannya. kawan sy (fonten) kata, "ni mcm kita masuk dlm mesin basuh. kejap putar kiri, kejap putar kanan, and melantun2 (bounce)," then sy tny "laju ka?,", ten jwb "ya. laju,". yeay! excited la mula2. kena tggu bbrpa lama lg sbb org blm ramai sgt. sy bbrp kali sudah melihat2 ke arah pekerja2nya utk bg sign la konon 'bila mau mula ni'. cis!. then bila orang sudah agak ramai dan round tu sudah hampir penuh, muzik pun sudah mula bermain. x lama kemudian..............

dung dung dung dung dung dung dung ......................dan seterusnyaaaaaaa. the circle starting to spin. naik turun, kiri kanan, and plg x tahan, part bouncing tu. main s*it btl. hahahahahaha. takut bhhhhh..!! mula2 bole lg sy menjerit2 kegembiraan ketakutan. lama2 tu, tgn kanan sy jadi sakit sbb sy grip besi belakang tu utk elak dari terjatuh. tgn kiri sy pula peluk bahu kawan sblh (fonten). kesian ten, mst sakit bahu + leher dia sbb sy berpaut kuat dan lama sgt. org sblh sy pula (nurul) kdg2 pegang baju sy. hahahah lawak saling memegang sbb takut jatuh. sy mmg x bole tjk muka lagi dan asyk peluk ten + sembunyi muka belakang dia. adoyaiiiii serius rs mcm leher mau patah sbb tlampau kuat pusingan. kebab jgn cakap la. jd penyek sbb di himpit dlm beg.hahahaha. keadaan tangan mmg semakin lemah. sandal sblh kiri sy sudah terlepas dan sy hampir terjatuh dr tempat duduk. seb baik tgn msh kuat berpaut d besi dan di bahu fonten. kalo benda alah tu berputar dlm 2x lagi, sy btl2 akan redha terlepas dari genggaman dan jatuh di tgh2. HAHAHAHAHAHAHA.

sesekali sy tgk pekerja funfair yg menari d tgh2 tu sbg bg sign 'cukup la niiiiii wuwuwuwu' tp dorang mmg la xkn peduli kan. mmg kena sabar smpaiiiiiii benda alah tu btl2 bhenti. bila berhenti, ok smua keluar dgn muka &^*&%$##~@! sbb sebal btl bermain benda ni. amazingly, sy x rsa pening pula lepas keluar dari pmainan ni. kawan2 lain rs gv up dan x mau main lg. (Ng dan nurul tu sudah la baru mkn. ksian.huhu). 

lepas main benda alah tagada, our next destination is... SPACE GUN. tau ka mcm mana pmainan tu. hmm ihsan dr inchik google jugak, ini rupa btknya:

 space gun

benda ni...........sy x la takut sgt juga sbb sudah penah main last year (waktu uk funfair dtg di sini). last year sy g funfair wit B. (miss u dear). hahaha last year, space gun ada menyimpan sejarah lucu dan tragis dlm hidup sy. (B is d witness). mula2 sy xcited gila naik benda alah ni. konon2 mengimbau kenangan manis semasa g Genting Highland dluuuuuuu ~ (cis). tp tgh2 bermain tu (dia swing smkin laju sampaikn kepala di bwh dan x jejak duduk lg), tb2 sy teringt cakap kwn sy "ee x mau la g funfair tu. sy x yakin keselamatan dia. kalo mcm Genting, mmg selamat sbb ada penyelenggaraan setiap masa. kalo funfair tu, dorang main psg buka saja. x meyakinkan,". OK SY INGAT BENDA TU BILA BTL2 SY BERADA DI PUNCAK AWAN NANO. cis! cis! terus kaki rsa menggeletar dan tbyg KALAU LA PENGHADANG DI DEPAN KAMI NI TERBUKA, MSTI SY AKAN JATUH DAN MATI DGN TRAGIS SEKALI!!. di sana laaa sy menjerit2 "sudah laaaaaaaaaaaaaaa. berhentiiiiiiiiiiiii..!! berhentiiiiiiiiiiiiiii..!! sy mau turunnnnnnnnnnnnn. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!!!!!" ok lucu bangettttttttttttt kejadian tahun lepas tuuuuuuuuu. tanpa di sedari, ada air jernih yg mengalir dari wajah comelkuuu AHAHAHAHAHAHAHAHAAHAH cam t*ik la kn beriya bw B masuk space gun but ended up wit menangis ketakutan. mst B malu gila org sblh dia tu menangis turun dr space gun.

tp tahun niiiiiiiiiiii, TIDAK LAGI. segala jenis ketakutan dan keraguan thadap space gun sudah dimusnahkan. yg tggl hnyalah ke-excited-an utk bermainnya sekali lg. (pdhal bbrp kali bertny dgn pekerja tu "selamat ka permainan ni?," "kena kunci ka nanti penghadang ni?" sehingga encik pekerja tsenyum2). kali ni, cuma 3 org sj antara kami yg g bmain permain. sy, vyen, spk. sy duduk ngan vyen. bila benda alah tu sudah mula swing, mula la menjerit cam ntah apa ntah. mmg ngeri juga bila masa kepala di bawah, kaki di atas dan x terasa duduk tu. tp perasaan xcited tetap menjuarai. haha. 

keluar dr permainan tu, kepala sudah rasa pening2. tp disbbkn kedegilan, sy g cari lagi permainan lain. xtau nama permainan ni tp dia lbh kurang camni:

superbowl

yg ni, superbowl. sbrnya bkn mcm ni sgt tp lbh krg camni la. perasaannya mcm mengembara ke angkasa lepas. masa tu sy sudah tutup mata sbb rasa peningggggg. turun dr permainan tu, okkkkkk sy mmg rsa pening, mau muntah, berpeluh2 dingin, kaki menggeletar, rsa mcm x pijak ke lantai. awal2 tu jalan mcm terhuyung hayang sket. peningggg.!!! ok enough. rsa x bole g main lg. token ada baki 2 ketul, sy g habiskn dgn bermain permainan2 di yg ntah apa2 la. mmg x dpt score langsung. 

balik dr funfair, sy rsa x bole drive lg. peningggggggggggggg. Nina bw keta sy. kami smua blm mkn tp rsa mcm selera sudah mati. Ng cakap skg ni dia cuma bole terima bubur. kami pun gitu. kami try la g cari bubur di pelbagai restoran tp x jumpa2. last2 g restoran Kak Ning, order nasi kosong + sup ayam. sy share dgn rumet. smpai di asrama dlm jam 10.++ mlm. siap sedia berlatih ayat utk bg alasan terbaekkkkkk dgn pak guard, but lucky us, dia x tahan kami pun. tp keta tpksa parking luar sbb pagar besar asrama pompuan sudah dikunci.

apa2pn, sy sgt gmbira semalam. tp hari niiiiiii... hmmmmmmm badan sy sakit smua. sedihhh. hahaha. leher pun rsa sakit. kalo mau tgk org, kena pusing satu badan. x ble pusing setakat leher semata2. sakittttt. semalam, waktu tkr baju, tkejut tgn tangan kanan lebam2 gila. bahu ada lebam, lengan + siku segala sakit. 

semua bahagian ni sakitttttttttt dan lebam.

dan pagi ini, sy ada captured lebam di siku. ni smua carian di TAGADA. cis. 

lebam + terkupas

 closer look

inilah akibat terlalu bermain di funfair. dan hasilnya segala badan sakit dan lengan lebam2. hahahahahaha. tp x apa, bukannya selalu. lps ni x tau ada masa atau x lg bermain di sana. wuwuwuw sy sgt suka bermain di funfair. tq kawan2 yg bersama sy smlm. i really had a great time wit all of u. vyen tu hari ni sudah la kena observed mengajar. chayok2 vyen. seb bek x murid/guru2 yg dtemui semalam. especially murid la. gila ka kalo kenampakan oleh murid. di skolah pny la garang mcm singa, bila jumpa di funfair, OMG the teacher is screaming and laughing hysterically like a retard. MALUUUUUUU..!! hahahaha

hmmmmm esok balik rumah. ohhhhhh yeahhhhhhhhhhhhh ... !! ^___________________^ happy!

babai.