Monday, November 12, 2012

::cerita rakyat::

lps makan tengahari tadi (eh smlm), sy ngn daddy duduk cerita2 like always. cerita kami dua beranak biasanya lbh kpd perkara2 yg lucu. my dad slalu wat sy ketawa ngan cerita dan gaya2 lucu dia. tercerita psl sorg pensyarah sy yg sgt lucu tp kdg2 lawak dia ada double meaning. hahaha. ada haritu d kelas si pensyarah ckap "tau x mcm mana elakkan diri di makan buaya? spy buaya takut dgn kita?," then sorg kwn sy kata tau caranya mcm mana dan ceritakan kisah tenggiling  (pangolin) and to make story shorts, buaya takut sisik tenggiling according to my friend. ooo baru saya tau! tp jwpn si pensyarah rupanya just utk wat kelakar. caranya ialah pakai spender cap crocodile. bila buaya dtg dekat, dia x jadi makan sbb dia kata itu kawan. ahahahahahah

then daddy cerita, kenapa buaya takut tenggiling. kisahnya bermula apabila......................

pada zaman dahulu, ada seekor anak tenggiling melintasi sungai. baru saja dia mula melintas, buaya sambar dan makan anak tersebut. Ibu tenggiling sangat marah dan berkata:

tenggiling: "Hoi buaya. dasar pengecut. kenapa mau makan anak?? biar kita berlawan tua dengan tua!!,"

buaya: "Hmm kau tak payah cakap banyak. dengan kau-kau sekali saya bole makan,"

tenggiling: "baikkkkk. mari kita selesaikan masalah ini,"

buaya: "okey. ikut suka kau. tetapkan masa dan tarikh," (wat muka selamba) ok ini tambahan sajaaaa. buaya x tau wat ekspresi apa. 

tenggiling: "baik. tunggu 7 hari. slps 7 hari kita akan berjumpa semula. saya akan bw semua kerabat saya dan kau hebahkan juga kepada semua kerabat kau. kita akan beperang!,"


maka slps 7 hari, kerabat buaya semuanya sudah berkumpul. sang tenggiling tiba dan hanya datang bersendirian. sebaik saja bertemu dgn buaya2, tenggiling terus menggulungkan dirinya dan membiarkan diri dimakan buaya. buaya pun telan tenggiling. sampai di dalam perut buaya, tenggiling membuka gulungan badan dan mecakar perut buaya sehingga dia dapat keluar semula! buaya lain cuba makan tenggiling dan tenggiling wat skill yg sama iaitu cakar dan korek perut buaya sehingga bjaya keluar semula. perut buaya mestilah sudah koyak. dan akhirnya, pada hari itu semuaaaaaaaaaaaa buaya yg berkumpul habis mati dibunuh tenggiling! sejak hari itu, buaya dikatakan takut dengan tenggiling.......

ahahahhaha demikian laaa kisah sebabnya buaya takut tenggiling. pastu daddy cerita lg kenapa kucing lepas berak akan kubur taiknya.

pada zaman dahulu, harimau berkawan dengan kucing. kucing ni pandai bersilat tp harimau tidak. kucing pun ajar la harimau ni bersilat saaaammmpaiiii la harimau jadi terer. tp lepas jadi terer, harimau cuba makan kucing. kucing menyelamatkan diri dengan menaiki pokok. harimau tak dapat naik sbb kucing belum ajar cara naik pokok. pastu harimau kata: "jaga kau wahai kucing!! siap kalo kau turun nanti. saya akan kejar dan makan kau sampai la ke tahi2 kau sekali!tiada yg selamat!!".. so dats y la kucing kubur taiknya, sbb xmau harimau makan. aaaaaaaaaaahhahahahaha

then sy teringt cerita rakyat psl kenapa ayam takut helang. pd zaman dahulu ayam tak boleh terbang tp helang boleh. ayam pun bertanya dgn helang apa rahsia dia boleh terbang. pastu helang kata dia ada jarum ajaib yg boleh jahitkan sayap dan boleh terbang tinggi-tinggi. ayam pun minta pinjam helang jarum tu. helang kata boleh tp dgn syarat jgn hilangkan. ayam pun excited laaa menjahit sayap dia utk terbang. tp ayam ni careless. ntah mcm mana terjadi, dia terhilangkan jarum ajaib tu. helang sangatttt marah dan sejak hari itu helang akan makan ayam. ayam cuma bole terbang rendah2 sbb dia x habis jahit lg sayap dia guna jarum ajaib tu. dan sebab ayam mencakar2 tanah tu ialah utk mencari jarum si helang itueww. hahahah

menarik jg cerita2 dongeng ni kan. satu lg cerita pemes psl gagak dan merak tu. hihi. tu la dad cakap, kreatif juga org dulu2 wat cerita psl binatang2 ni. heheh. bestkan my dad, even sy sudah tua dan mereput, he still treat me like a little girl. suka cerita rakyat. haha


ok bye. mengantuk gila!

No comments:

Post a Comment

trus lo mau bilang apa?