Wednesday, July 24, 2013

::oh..okay::

skg bulan ramadhan al mubarak, alhamdulillah! =)

puasa ptama sbg isteri, dan insha Allah puasa sbg isteri utk tahun2 berikutnya, insha Allah ;) :)

skg menunggu waktu bbuka puasa. beli di bazaar ja. seyes malas masak. beli mknn sikit2 ja sbb dah demoksssss. seyes demoks! berat meningkat ke satu angka yg.....huhhhhhhhh x sanggup utk dikatakan tp sbg clue: berat yg x pernah dicapai oleh saya sblm ini! arghhhhhhh tensiiiiiii..!! tensiiii..!! dan tensiiiii..!! (tensi pastu makan lg bagi mengatasi perasaan tensi. erkhhhhhhhh)

xtau la mau tulis psl apa. huhu. merapu sj la ni.

keja skola. skg wkt puasa so keja x la byk sgt. bunyi loceng tros angkat beg bsiap siaga utk balik. smgt. pdhal smpai umah x ada apa benda pun mau d wat.RPH biasany d wat d skola. balik umah, tgk tv. kalo sedap sgt kena aircond, ttdo la tu. huhu. haih lepas jd isteri org hamba kerajaan (government servant) ni mcm2 rasa perubahan dirasakan. errr normal la kn. kalo dh fasa berubah tp gaya hidup x berubah, petanda kurg baik kot haha.

zaman ip.
g kuliah, beli mknn di cafe, balik bilik layan movies/tenet bjam2 smpai jam 2,3 pagi. esk bgn g skola rasa segar ja.

zaman keja.
g skola, balik umah kena masak (kdg2 beli), tgk tv x smpai jam 10 malam mata dh rs cam x ble angkat. bgn pagi esk bgn dlm jam 5.45 am rs still lemahhh x mau bgn tp x ble sbb nt lewat g skola yg jauh bebeno. (tp skg musim puasa bgn sahur biasanya x smbg tdo lg)

why ahhhhhh..!! i thot sy la mata plg hebat d Malaysia ni. bole stay up bjam2 dpn tenet dan bgn dgn tenang keesokannya (pdhal telinga rumet hampir pekak kot dgr alarm sy snoozing ratusan kali x sedar2 juga). haih. sy pn bfikir la..fikirrrrr sedalam2ny kenapa zaman ip sgt btenaga (sy even penah TAK TIDO SATU MALAM wat esaiman bbyr okehh!), zaman keja ni ya rabbiiiiii sllu jam 10 da bgabung dgn katil membntuk tdo yg lena. pdhal rutin sama ja. g kuliah/g keja.

then stlh penat bfikir (penat shingga rasa mau nantok smula hahaha), sy rs jawapannya ialah..wkt kuliah di ip kita masuk kelas sbg student. dgr lecturer bg kuliah. tu pun dgr x dgr. mata d dpn, (kdg2 mata d screen lappy), tgn di hp (sembunyi bwh meja), fikiran entah ke mana. wkt rehat, g mkn. smbg kelas, sambung rutin, then habis masa, balik bilik, rehat. easy life. xda la tenaga digunakan pun sgt.

skg, g skola, jadi cikgu. masuk kelas, misalnya 3x sehari. katakan kali ptama tu 3 masa (3x30 mins=90 mins/1 jam 15 mins), pastu kali kedua 2 masa (2x30=60 mins/1 jam), then kli ketiga 2 masa (2x30=60 mins/1 jam). total masa masuk kelas 3 jam 15 mins. masa di skola dlm 6 jam. tolak waktu psediaan n waktu rehat. means dlm tempoh 3 jam 15 mins tu, agakny 2 jam/lebih sy gunakan tenaga utk bckap. bckap, terangkn kpd murid ttg sesuatu. cth ajar math thn 1 tajuk wang, terangkn apa wang. jenis dan ciri2 wang msia. gabungan wang sama nilai/x sama nilai, hasil tambah dan tolak wang bla3. pastu kasi murid latihan, pastu cek keja murid, pastu terangkn mana yg murid x paham bla2. seyes penat weyhhhhhhh. penat bckap! hahahah sounds funny tp cuba korg bckp xhenti, jgnkn 2 jam, sejam pun dh penat kot (kalo ngumpat tu sedap ja pula bole bckp bjam2 kn. astaghfirullah! T_T ) .. bckap tu plu tenaga tau. tu blm masuk terangkn bkali2 pd murid yg x faham, naik suara bila murid wat perangai dll. woahhhhhhh hari2 kena wat benda ni. seyes byk guna tenaga. tu la kot agaknya balik umah ja, malam tu katil mcm memanggil2 dtg cpt padanya.

yg lain2 tu, mmg perubahan biasa lahhh. zaman ip duit rm600 sbulan pun dh rasa kaya. mampuuuu lah sangat. zaman keja, gaji ribu raban (pdhal rm3K+ je xyah beriye lagak rm6k+), rasa x cukup lg. astaghfirullah bukan x bsyukur.tp kena akui hakikat brg skg semakin mahal. xda benda free beb! kena2 lg skg duk tmpt org, semuanya main tumpang. rumah byr sewa, astro byr sewa, tenet byr sewa, bil air,letrik byr, keta byr, rload tepon byr, serba serbi bayar la kiranya! harini duit gaji masuk, esk dh mcm spt sejumlah wang telah dikebas perampok sbb jumlahnya yg mendadak bkurangan. bil online je bangggggg. keta, umah, astro, letrik, tenet smua byr dihujung jari. byr bil air ja kena p pjbt pos. ho..ho..

barang mkn mst la satu kpluan. x makan nt kebulur. tp psl mkn x pyh sebut, sbb like my daddy said, "psl mkn jgn berkira". (mksdny x pyh kedekut sgt. bknnya x bkira makan sewenang2nya smpai jadi bunchettzzz!! teringin sesuatu, kalo dpt diusahakn, usahakan la utk dpt. xpyh fikir mahal sgt or what. bknnya mau makan benda tu hari2 punnn knn)

ha tgk bila da stat menulis dtg la idea mencurah2 (la sgt!)

next topic. anak!

woatt.woattt. hot topic. malas nk tulis tp sekadar luahan perasaan ja la. biasalah pengantin x berapa mau baru, soalan psl anak mesti favorite org. suka sgt kata "cpt2 la dpt baby", or tny "dh ada isi blom?".. haih. x tau la mau ckp apa. jujurnya, siapa x mau anak. semua suami isteri mst la mau baby, pelengkap keluarga, pembuka rezeki. tapi......... hmmm malas la mau tulis dlm2. certain org yg btny sy dh xplain knp blm ada baby lg, certain pula sy mls ckp byk. cuma bila di tny, sy kata "blm lagi kottt" sambil senyum tp dlm hati Allah ja yg tau. org2 yg rapat ngn sy mmg tau knp sy blm bsedia mengandung, jd biar la. i hv my own reason. tp dlm masa sama, seandainya rezeki tu Allah bg, sy terima dgn hati yg sgt2 tbuka. insha Allah anak itu ada rezekinya.

sy ada mengadu dgn suami jg, sy sbnrnya agak jeles n ttekan bila dpt tau kwn2 yg kawen sekitar cuti skola bulan mei/jun kebanyakan (or bole katakan SEMUA! yg sy kenal), dh bbadan dua. sy ni dh hampir dua bulan kawen x preggo2 juga (sy mmg x prefer preggo skg), then hubby ckp "sabar la Cyg. kita ada perancangan insha Allah. sampai masa Allah bg rezeki juga. bkn kita x mau, tp skg bkn masa sesuai,".. tp sempat juga dia kata "tp kalo tb2 Allah bg rezeki, Cyg kena terima k,"..heheh :) ..pstu sy kata lg apa mau jwb kalo ada saudara mara/kwn2 tny dh mengandung or x. hubby kata "jwb ja blm rezeki. jwb ringkas. x pyh xplain pjg2," ..haih ya Allah mdh2an ada rezeki perancangan hidup kami bdua insha Allah huhu.

k la tamat psl anak. dh kawen tp x preggo mmg sensitif bila di tanya psl anak. rsa mau nangis pun ya juga uhuk2. hanya fam dan rakan tdkt tau reason sy.sabar la....

next topic, asyraf muslim (AM!)

woattt woattttttttttt again. (ps:skg dh bbuka. tp alang2 taip,teruskn la sj kn. skg tgh rajin). hehe. hmmm dunia hiburan dikejutkn dgn kes pelakon bajet alim (er dia mmg alim kot. entah la) yg spt dihormati ttba wat benda yg... hmm .. sukar diterima oleh para wanita dan semua golongn manusia yg berperasaan normal. x sangka btl dia sanggup wat isteri dia camtu. astaghfirullah! yg si perempuan pula sanggup btl lukakan hati seorang perempuan yg baik. sama2 pompuan, spttny fikirkanlah perasaan seandainya awak yg berada di tmpt isteri ptama. wife ptama AM mmg wanita mulia dan tabah. x wat apa statement pun demi mjaga maruah suami. kesian, mcm dianiaya. dh la kawen d Siam, x inform isteri ptama, x tunggu kptsn mahkamah. kesiannn sgt3. sedih.

menurut pelbagai sumber, AM dan 2nd wife dia tu dh lama kenal (dan jatuh hati sesama dorg kottt). pompuan tu penah btunang tp x-tunang dia kata dorg pts sbb ada org ketiga iaitu si AM. wallahu alam btl or x. tp kuat btl hbgn drg smpai si pompuan da pts tunang, AM pla sanggup tipu isteri kawen dua. demi cinta dulu x kesampaian. xtau la apa niat AM kahwini his 1st wife. adakah btl2 cinta atau ada sbb lain spt pilihan fam/thutang budi dgn kuarga 1st wife atau entah apa2. bukan apa, cuma rasa GILA benda ni sbb demi cinta yg dahulunya thalang, dorg sanggup tunggu, tinggalkan/duakan psgn msg2 utk bsatu. mmg gila! sy rs gila! cinta mati gila2! sanggup lukakan hati bykkkkkk pihak asalkn akhirny dpt bsatu. GILAAAAAA again!

sy penah tjebak dlm cinta penuh halangan (cinta bhalangan hahaha mcm lumba lari bhalangan pla). rs sanggup wat apa sj. but alhamdulillah kami bdua x sekuat AM dan 2nd wife. kami x mampu lukakan bykkkkkkk hati demi kebahagiaan sendiri. and alhamdulillah, sy sudah pun mjd isteri org. alhamdulillah sy x meneruskan niat keji menjatuhkn maruah diri, maruah keluarga dgn merampas 'milik' org. sy x meneruskan niat kejam melukakan hati ramaiiiiiiiii pihak demi kebahagiaan sendiri. and now, i found my happiness. kegembiraan bole diperoleh dari pelbg cara, bkn hanya dia seorang (yg kita tgila2kn rasa x bole hidup dgnnya bla2 aptb) yg mampu bahagiakan/gembirakan kita. dgn org lain pun bole, asalkn hati kita tenang melepaskn dan redha menerima yg lain. alhamdulillah! kalo la sy senekad AM and his 2nd wife tu, agak2nya sy skg dibenci ramai sbb sanggup jd yg kedua, snggup lukakn hati lelaki yg btl2 sygkn sy, sanggup lukakn hati family sy/family sblh llki, dan dicemuh oleh msykt sbb nyata dan jelaslah 'perampassss'. sgttttttt sedikit pompuan yg sanggup bkongsi kasih. sy sendiri pun xmau! huhu...kalo rasa bahagia tu ok la sikit, kalo akhirnya menangis sedih/tluka/tersisih/menyesal/x bahagia tuuuuu, siapa mau jwb! sudah la tpisah ole Laut Cina Selatan, cnfirm2 akan mjd seorang yg terabai. tu blm cmpur kesakitan dan pndgn serong msykt "muda2 dah bermadu. mcm dh x ada lelaki lain di dunia. org lain punya jg la dia nak," perghhh pedih woooo. nahhhhhhh jgn igt bahagia utk hari ini sj. fikir2kn laa juga apa akn tjd utk esk, lusa, tahun dpn dan tahun2 akan dtg. mcm mn nasib anak, cucu cicit nt.

k la demikian sj bebelan sy utk kali ini. btw dsbbkn since kawen kmi x penah pegi official honeymoon, so every weekends kami cuba wat mcm hunnymunnn-la sangattt. g jenjalan d bndr Miri, g tepi pantai pdhal x turun dr keta sbb angin kuat pstu d psg bendera merah tanda amaran bahaya ombak tinggi of coz la x berani g pantai haha, g jenjalan shopping brg umah sket, g tgk movie kdg2, g cuba restoran2 yg sedap (kot)...hahahah nt la bila ada rezeki, ada masa sesuai, bole la kottt g honeymoon. tp hubby x brp minat bjln. erkhhhhhhhhhh. paksa nt, lain jadinya. honeymoon jadi bittermoon aaaaaaahahahhahaha ;p opps oppps. hahah

k la. bye.

jap.

 hobi suami. kdg2 smpai sy pn x tlayan olehnya. majuk sket ok kot  :/

 benarkah sy semakin tembam?? bckground tu x habis pdm. sy bukan mgajar PAI ye. walopun muka ada ciri ustazah xpyh perasan sgt pls!

sumpah lawak gila ketawa bdekah2 nampk Alif (murid tahun satu nan sorg sy). cikgu disiplin pakaikan plastik di kepala sbb rambut pjg. dh bkali2 warning tp xda tindakan. last2 jd camni. brilliant dan lucu gilakk ahahhaha. silalah rajin kemaskn rambut anda ye anak2 murid. selagi x ptg, selagi itu d skola mst pakai benda ni hahaha.

k. yg ni btl2 byeeeeeeeeeee. salam 15 ramadhan! =)

No comments:

Post a Comment

trus lo mau bilang apa?