Thursday, September 25, 2014

::baby post III - delivery experience::

Salam.! holaaaaa sebulan x tulis blog. dalam masa ni, byk sgt benda berlaku. heh. of coz la dah beranak! heeeeeeeeeeeee. so sejak bergelar mommy, rutin hidup da byk berubah. ececehhh. pdhal bru dua minggu lbh pun menjadi mommy.....heheheh ;p

ok, sblm mula menulis, sy warn awal2 entry ni AMATLAH PANJANG dan myb a bit membosankan. haha. biarlah. sbb sy mau tulis every inch of details abt my delivery xperience. utk bacaan masa dpn, utk kenangan, dan juga mgkn utk panduan jika ingin mengandung lg di masa akan dtg. ekekekke. sbrnya da lama plan mau tls dlm blog. masa cuti skola ritu lg. tp le hubby ckap "x pyh la duluuuu. rehat dulu". so sy pun rehat2 la dulu walopn dlm hati amatlah xcited menulis berjela2 dlm blog ni. seyes xcitedddddddddd. haha! mcm la pengalaman tu manis sgt. alahaiiiiiiiiiii. kalo di kira, lg byk rs sakitnya banding yg sweet2. tp kelahiran anak tu dah lebih dr cukup menelan segala kesakitan fizikal dan mental yg sy hadapi sblm, semasa dan selepas melahirkan. alhamdulillah, anugerah tbesar dan terindah Allah kurniakan, merasa nikmat sakitnya melahirkan dan ketenangan n kpuasan slps menatap wajah si comel. anak yg di bawa selama 41 weeks ++ dalam perut akhirnya selamat dikeluarkan ke dunia. alhamdulillahhhhhhhhh.!! 

okay2. lets d story begin.

3 sept. 2014 - rabu
ini adalah EDD sy. tp sehingga ke tarikh ini, still x ada tanda2 jelas utk besalin. kena g KK Lohan lg, check up macam biasa. malasnyaaaaaaaaaa pegi. huhuhu. kakak nurse kata kalo x bsalin juga smpai jumaat, dtg lg ke klinik. huargggghh.



le mommy genap 40 weeks. beso bebeno perut.

5 sept. 2014 - jumaat
dah overdue 3 hari. kena g klinik lg. sbrnya mharap baby lahir tarikh ni, sbb date dia lawa. 5/9/14 (5+9=14). hahaha. suka2 mau tentukan tarikh. tp x ada rezeki.. still x ada tanda2 mau melahirkan. tp fikir2 balik bgs juga baby x lahir tarikh ni, sbb it will remind of someone's bday.. someone who broke and crash my heart into pcs.hahahaha abaikan. trololol menyempat jugak selitkan drama abad lepas! ... nurse kata kalo x deliver juga smpai isnin, dtg klinik lg n nt dorg akan refer ke hospital Ranau. hurghhh..pasrah.......


 le mommy 40 weeks 3 days.

8 sept 2014 - isnin
dah overdue 6 hari and still no sign to deliver! hati dah mula gundah gulana. hubby da balik Ranau dan buat cuti sendiri (atas pmintaan sy. i need him beside me spjg masa2 genting ini). dh kena refer ke KKIA Ranau. kena dtg jam 2 pm. hmm....

jam 2.30 pm, dtg ke KKIA Ranau. jumpa doktor. dalam jam 3 lbh, doc panggil. wat muka serius. ohoiii. doc, bole ka wat muka ceria sikit? wuwuwuw. ini perbualan sy dgn doc.

(dgn nada tegas) doc: "kamu tau x kamu ni GDM. kamu ni gagal ujian air gula", .. 
dlm hati sy masa tu 'laa msti la sy x tau apa benda GDM tu. sy bukannya doktor'. haha dlm hati laa. dlm situasi sbnr wat muka blur sbb x faham apa2. then doc sambung lg "MOGTT kamu bacaan sblm mkn apa2 minum air gula 5.9. dah gagal. kalo bcaaan kamu 5.5 dan ke bwh, sy benarkan kamu balik. mslh skg kamu ni risiko kencing manis. spttnya kamu x bole overdue,"
muka sy semakin blur. apa doc ni ckap. knp baru harini sy tau sy gagal ujian air gula? bingunggggggggggg. lps tu sy ckap "err..x tau la doc. nurse yg wat ujian air gula dgn sy cakap sy lulus. kalo bacaan 6 baru gagal", (haha yakin menjawab doctor). 

then doc tny, "siapa nama nurse tu?", sy pn gtau la nama kakak nurse tu. doc semakin mcm serius n smbg ckap "dia salah tu. kamu ni gagal. ok, mari kita buat scan", .... dgn muka pasrah sy pun scan la baby.... lps scan, doc kata "mm.. based on scan, baby kamu normal juga. dlm 2.9 kgs. tp ini cuma anggaran scanner lama hospital. sy x berani tanggung risiko lepaskan kamu. jd kamu mesti masuk wad hari ini juga", ...pergghhhh. dgr perkataan masuk wad, trus wat seluruh badan lemah. benda paling ditakuti terjadi akhirnya. kena admit hospital. uwaaaaaaaaaaaaaa. x bersedia langsung.

Sementara tu, doc tulis something note2 ntah apa2. x lama pastu nada suara dia da lembut sket. "kamu ni GDM (still sy x tau apa benda alah ni). risiko kencing manis. spttnya kalau due kamu 3 sept, sehari sblm iaitu 2 sept kamu sudah kena admit. kamu x bole overdue. antara risiko GDM ni bayi kamu akan menjadi sgt besar dan ini membuatkan kamu susah melahirkan. satu lg, sekiranya kandungan glukosa dlm badan kamu tlalu tinggi, ini bole bw risiko kematian bayi dalam perut,"... kalo x silap camtu la penerangan puan doktor (lupa mention dia pompuan.hehe). sy masih diam membisu. otak masih cuba adapt apa doc ni cuba smpaikan. seyes blurrrrrrrrrrrrr. then doc smbg lg "kamu ada apa2 ptanyaan2?", .... then sy tny "doc, sy bole balik rumah skjp?", dan jwpn puan doc sgt meruntun jiwa. "tak boleh. kamu kena trus masuk wad. nanti ada nurse bawa kamu. kamu ke sini dgn siapa?", .. sy jwb "dgn suami", .. then doc ckap "ok, minta tlg suami kamu bawakan brg2 kamu ke sini. kamu x bole balik rumah lg,"........ uwaaaaaaaaaaa. sedihnya hati masa tu Allah sj yg tau. seyes x bersedia masuk hospital. then sy tny lg, "doc, sy akan kena induce ka?,". then doc ckap "ya..kamu tpksa kena pksa beranak la. da tlampau overdue ni,".......then ttba dia smbg ckap "kesian kamu. ptama kali dtg trus kena tahan. x apa la, demi kebaikan kamu,".. hmm baik sikit la hati dgr dia ckap cmtu. mgkn dia da dpt baca ke-blur-an dan kesedihan serta ketidaksediaan sy admit hospital haritu. huhuhu

kuar dr bilik doc, g jumpa hubby dan gtau apa doc ckap. airmata mengiringi penerangan tu. haha. then call my mom, sambil nangis2 juga. hubby cuba tenangkn. x lama pstu dtg nurse g escort masuk wad perempuan. urus itu ini. jumpa doc tu. doc yg akan handle sy doc Fransesca. (alhamdulillah, doc pompuan). dalam jam 4.30 pm, sy dah bertukar baju kpd baju pink! (baju rasmi pesakit wad pompuan!). hahahahahah. hubby smpt gurau "ok la ni Cyg. match dgn tudung harini. pandai Cyg pilih", hahahahah

 matchnya baju ospital dgn tudung. hahah senyum tawar le mommy 40 weeks 6 days. oo, wonder knp ada llki d blkg gambar sy? sbb katil sblh ini ibu yg beranak czer. 35 weeks dah beranak (huhu. bzbody. baru masuk sdah ambk tau hal org lain.huuu)

 edit di instagram. ejaan nama sy salah. 

malam ptama duduk hospital. alone. x bole ditemankan sesiapa. hanya pesakit yg melahirkan scr bedah dibenarkan ada penjaga. selain dpd itu, tak boleh. hmmm... hati gundah gulana. apa akan tjadi esk? suasana wad juga mbuat sy rasa semakin x keruan. sblh mnyebelah dkelilingi org sakit (errrrkkh. sudah namanya hospital. mst la smua yg masuk org sakit. uhuk2). dah la makanan hospital .. mmm.. (faham2 la). pastu pesakit GDM ada mkanan khas pula. ya Allah x berasa langsung mknn tu. sedeyhhhhhh. mom ada bekalkan makanan lain tp x berani makan dpn nurse sbb drg da warn GDM x ble makan makanan luar. hny bole yg hosp bekalkan. adoiii. mau curi2 makan, kena tggu tgh malam la jawabnya (and yes i did! curi2 makan tgh malam. sbb lapar bahhhhhhhhhh!!!)

sblm tu, dlm jam 8.30 mlm, sy kena sru masuk bilik bersalin. CTG dan cek bukaan katanya. x tau apa full nama CTG tp utk cek jantung bby guna mesin benda alah. perghhhh. pengalaman HORROR baru bermula. cek bukaan itu sgt sakit okeyhh!!!! x sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaaaa ya Allah rasa mau nangis. benci btl proses tu. pstu nurse kata "belum ada bukaan". adoiiiii. ni baru cek bukaan da rasa sakit gila2. beranak nt mcm mn. hati semakin gelisahhhhhhhhhhhhhhh.......... jam 3 lbh pagi (lps curi2 makan), bru rasa ngantok. finally, ttdo......

9 sept 2014 - selasa
around jam 8  am, doc da dtg ronda2 kuala lumpur. smpai my turn, nurse pn terangkan la bla2 keadaan sy. doc ini lelaki cina. pastu dia mcm malas peduli n ckap "ala nt rujuk sama Li Ling la", (mksdnya doc lain nama Li Ling kot). hmm. baik la....

dlm jam 9 lbh, sy kena sru msuk bilik besalin lg. grgggh. jalani proses cam smlm. and jwpn msh mengecewakan. nurse kata "still close". tak ada bukaan langsung. then dlm jam 11 lbh pagi, dtg pla sorg doc cina pompuan muda tmpt sy. then nurse terangkn bla2. then doc kata "ok...petang nt sy akan masukkan ubat utk bantu kamu rasa sakit melahirkan. ia juga utk bantu buka bukaan kamu", mm lemah lembut nada doc even wajah dia agak serius. ok doktor........

masa melawat 12.30 - 2 pm. Hubby and my mom dtg. drama airmata berlaku lagi. sy takut sgt masuk ubat. sy takut dan neves akan rasa sakit contraction. sy takut melahirkan... airmata bergelen2. hahahah. my mom cuba tenangkn dgn ckap 'lg cpt beranak, lagi bgs', ... hmm, wuwuwu

dalam jam 2.45 pm, doc Li Ling datang semula bsama nurse. tutup segala langsir. then psediaan masuk ubat. ntah camna proses dia tp rasa sakit lahhhh. bbrp kali sy mengaduh. doc pla very nice n balik2 ckp "sorry. sorry"....selesai proses tu, sy x dibenarkan bangun selama 2 jam. cuma bole baring sama ada terlentang atau mengiring. ok baring...stgh jam tu x ada rasa apa2...then masuk sejam, da mula ada rasa sakit ngilu2 dkt rahim sket. masuk dua jam, sakit dah smpai pinggang. ok... agaknya inilah yang dinamakan kontraksi.

jam 4.30 pm - 7 pm masa melawat. hubby dtg awal, then br my mom dtg. masa ni sakit dah dtg2 scr beritma. bila sakit dtg, genggam tgn hubby kuat2. spt biasa, drama airmata diteruskan. sblm hubby n mom balik, sy htr hubby n mom smpai dpn pintu wad, siap nangis2 minta maaf segala salah silap peluk cium manalah tau syahid d medan perjuangan melahirkn nt...ecececeh. hahahaha. seyes sedihhhh sgt masa tu. takut2 x bkesempatan jumpa org2 yg d sayangi lg utk hari esk.....

jam 8.30 mlm, masuk lg bilik bersalin. nurse cek bukaan. dah ada 3 cm. contraction 2/10. nurse siap kata "waah.ini gud news. sekali masuk ubat dah ada contraction. hrp2 contraction kamu x berhenti. ada yg smpai 3x masuk ubat pun belum ada rasa sakit tau", .. mmm.. baiklah nurse.apa2 sj, yg penting sy mau cepat beranak dan mengakhiri segala kesakitan iniiiii. 

jam 10.10 malam, sy rasa ada air keluar. bila g cek, air dan darah yg keluar. i thot sudah pecah ketuban. dgn yakin minum air akar fatimah tu (org kata air ni membantu mpercepatkan bukaan. tp kena minum slps pecah air ketuban). then sy g masuk bilik bersalin, gtau ketuban pecah. sekalinya bila nurse cek, dia kata blom pecah. homaigoddddddddddddddddd. sudah terminum air akar fatimah. mcm mn la niiiiiiiii. so neves!!! sbb penah bc artikel baby meninggal sbb lmbt bukaan slps c ibu minum air akar fatimah waktu bukaan msh sikit. I IZ SO SCARY!!

then nurse suruh keluar lg dr bilik bersalin n tggu di wad. fuhhh. apalahh kejadian ni. sy kembali ke katil. tak sampai bbrp minit di katil (x sempat naik katil pun), tetiba rasa ada air keluar menderu2 tanpa dpt disangkal. byk pulaaaaa tuuuu. ok.yg ni cnfirm ketuban! then sy masuk semula ke bilik bersalin. nurse cek, yes confirm dah pecah air ketuban. bermulalah episod dalam wad bersalin....(nurse dah tlg angkat smua brg2 keperluan baby, tmasuk juga hp and air akar fatimah tu)

jam 10.30 mlm, nurse bagi kain baru sbb kain asal dah lencun kena air. sy balik2 minum air akar fatimah n menahan sakit. cek bukaan, bru 4 cm. byk2 berdoa, bc surah2 pendek mcm al fatihah, ayat qursi, 3 qul, doa selusuh maryam, selawat, mengucap dll. masa tu sakit dah dtg selang 2 or 3 mins kotttt. bila sakit hilang, rasa mengantuk. bru mau tlelap, sakit dtg lagi. Allahu rabbi.....

masa menunggu d bilik bersalin tu (ada 3 katil), sempat lg 2 org beranak di sana. saluteeee. cpt sgt dorg beranak. scary juga mendengar suara org teran2. tp smua teran suara perlahan. homaiii. sy pn harap sy x kuar suara kuat masa meneran nt. then yg lucunya, sy siap request dgn nurse mau beranak di katil yg dua org tu dah selesai beranak, dgn alasan katil tu selesa. bole tinggikan bahagian kepala. dua lagi katil tu da rosak, x bole adjust. so sy x selesa baring di sana. hahaha seb baik nurse kata "boleh"......haha.

jam 11.40 malam, sakit makin kuat. rasanya mcm terberak okeh. haha. ngilu di rahim then sakit menjalar ke pinggang, smpai rs mau terbuang air besar. dah mengerang2 kesakitan. tp suara perlahan la. tarik nafas, hembus nafas. tahannnn. jgn teran dulu. nurse cek bukaan, dah 8 cm. wahhhhh. cpt juga bukaan. alhamdulillahhh.. then nurse suruh pindah ke katil yg sy request.

ok, perjuangan semakin genting. sy d psgkn benda alah ctg tu lg. tp sblm tu nurse kata something x kena dgn bacaan ctg sy. jantung baby drop. adalah dlm tempoh stgh jam. pstu mcm normal balik....x lama pstu (slps berada di katil baru), bacaan ctg sy sekali lg merisaukan. then nurse panggil sorg doktor. dtg la sorg doc lelaki muda cina. nurse terangkan condition sy bla2. then doc tu call doktor pakar di hosp QE,KK. dia ckap2 then sy tangkap dia kata "so czer is it?"... arggghhhh.  berita apakah iniiiii. hati semakin berdebar.

habis ckap d fon, doc kata "ok, kita kena czer. sediakan peralatan", ... maka sibuklah nurse2 siapkan bahan2. nurse kata nt sy akan kena bius separuh badan. sy still mcm tpinga2 then tny "knp sy plu kena czer?",... then doc dtg dkt n explain lembut2 dgn pelat cina dia. "ibu, bacaan jantung anak kamu tidak bagus. dia semakin menurun, smpai ada bacaan 110. so kami risau, jika dia semakin lama dalam perut, baby kamu boleh lemas. kalo mau tunggu smpai dua jam lagi, ini akan membahayakan nyawa baby kamu dan nyawa kamu juga. Jadi, keutamaan kami ialah menyelamatkan nyawa ibu dan anak. sbb itulah kamu terpksa di bedah. saya sudah tnya doktor pakar di KK, dia pun kata kamu mesti dibedah", ........

10 sept.2014 - rabu
Allah.... sy sgt pasrah masa tu. segalanya sy serahkan pd Allah SWT. sy kata dgn nurse mau call hubby. then nurse bg hp dkt tgn. jam 12.20 am, sy call hubby n bgtau sy tpksa dibedah. suara hubby dgr menggeletar. mgkn sama berdebar. oh hubby tggu di luar wad masa ni sbb prepare manala tau sy akan bersalin malam ni. so dia balik umah kejap, then dtg balik ke hospital. oleh sbb x ble masuk wad pompuan, dia tggu di luar wad bsama2 dgn security guard. cian hubby...

lps call hubby, (doc cina lelaki pun dh x tau g mana, tb2 dr Fransesca dah dtg). then ttba rasa x dpt tahan sakit lg. sakitttt sgt seyes mcm mau terberaaaaakkkk dah. hahahaha. then sy kata "doc, sy sudah x tahan. rasa mau berakkkk,".. then sorg nurse cpt2 cek bukaan then kata "hah!kamu sudah full 10 cm. sudah bole teran!",

suasana berubah. nurse2 tba2 sudah siap dgn peralatan dalam tray ntah apa2 (gunting?ubat2?dll??idk), smua dah pakai tutup muka dan kepala. woahhh.cpt juga transformasi dorang ni.hahaha. dr Fransesca dgn suaranya yg kuat jerit "push!push!", .. ahhahahhaa. igt benda ni lucu pula. sbb sy balik2 ckp "doc, sy rasa mau berak niiiii", .. then doc ckap "tak apa. berak tu yg bgs. rasa mau berak? berak sj. push!,"

then acara push - mempush bermula. plg best nurse2 di bilik bersalin tu smua sama bg smgt "pushhhhhh..!!!pushhhh!!!nampak kepala sudahhhh. sikit lagiiiii!", .. hahaha. oh ya, kawan2 sy ramai yg dah bersalin awal dari sy. smua pesan meneran mcm teran berak keras. haahaha thank God sy ni selalu kena sembelit so tau la kn mcm mn rasanya meneran benda yg susah mau kuar. ekekekkeekkekke

rasanya x lama sy teran. tiap kali doc n nurse jerit 'pushhh!', sy akan push sekuat hati dan imagine sdg menghadapi sembelit. then ttiba rasa ada benda sudah mau keluar. then doc Fransesca kata "ok, kamu push sekali lg sekuat hati. sy mau gunting n koyakkan. push!!", sekuat hati sy push and terasa ada benda dihiris. (tp x rasa sakit pn hirisan tu).

tba2...sllllrpppppp. rasa mcm ada benda jatuh dr perut. tba2 sy rasa perut sy sudah jadi kosongggggg. isi dah x ada. hahaha. nurse2 smua kata "haaaa...sudah selamat keluarrr. alalala.keluar2 terus bersin. berak lg. alalalalala".

masha Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. sepanjang masa di hosp benda2 kecil buat sy menangis. tp masa melahirkan langsung x ada tangisan keluar. rasa moment tu la sy paling kuat! sgt10x kuat!. then nurse angkt n tjk baby "tgk, kamu dpt baby apa?", .... sy senyum kelegaan n jawab "baby girl....," alhamdulillahhhhhhhhh. lepas baby kena angkt, sy x hbs2 ucap alhamdulillah dan mengucap pjg2. alhamdulillahhhhh sy sudah lalui perjuangan melahirkan ini. sungguh rs x pcaya sudah sudah bergelar ibu!!!! mendengar tangisan baby pun cukup buat hati sy rasa bahagia dan terharu. Allahu akhbar...!!

then, doc jahit luka sy. besar okayyyyyy jahitan itewwwww. ramai kata masa bsalin utk elak luka besar jgn angkat punggung. ohohoho masa tu sy dah x tfikir angkt punggung or x. yg penting, mission mengeluarkan baby. masa doc jahit, sy sempat call hubby, msg2 wasssp dgn grup family dan grup kawan2. hehehehe.

lepas baby dibersihkan, nurse dtg bwkn dgn sy. dia terus bg baby menyusu. alhamdulillah pndai baby menyusu walopn mgkn blm ada air susu (but kolustrum eh nama dia). pastu plg best i thot sy salah dgr nurse sebut berat baby. seyes igtkn 2.8kgs. bila smpai dkt sy, nurse kata "baby ko noruan kfc. nah 3.8kgs berat dia", homaiiiiiiiiiiiiiii. hahahahaha(noruan bhsa dusun. means 'terlampau/telebih' in malay). alhamdulillah. tak pcaya badan sekeding ini dpt kuarkn baby seberat 3.8kgs. hahahaha (ukuran lengkap: berat 3.8kgs. panjang 53 cm. ukur lilit kepala 34 cm) ..alhamdulillah. secantik2 dan sesempurna ciptaan Allah SWT.

 ketenangan dan kebahagiaan 

jam 2 lbh pagi, lps siap di jahit, baby dah di bawa keluar. igtkn semua cabaran sudah berlalu. datang lg satu dugaan..

saya bangun dr katil, berdiri. tiba2 sy rasa sekeliling sy menjadi gelap. suara nurse2 seakan menghilang. nurse perasan perubahan sy then cpt2 grab badan sy. sy kata "nurse, knp sy nampak gelap ni. suara2 makin x jelas", ... Allah, berdebarnya. sy akan matikah?

then nurse kata "ko pitam ni. ok2 mari duduk di kerusi roda", then dia papah sy duduk di kerusi roda. sy peluk pinggang nurse tu kuat2. dia balas pelukan sy. hahahaha seyes rasa takuttt sgt msa tu.then nurse kata "ko nowingkot bah kali ni. mari kita makan dulu. sy kasi buat ko milo. makan kuih2. penat baitu beranak. habis tenaga ko,"..pujuk nurse. (nowingkot means kelaparan yg melampau).

sy di usung ke katil. then nurse tny if ada siapa2 di luar menunggu. sy kata suami. then nurse sruh suami masuk jaga sy. alhamdulillah...hubby dah azan n iqamatkan baby. sblm tu sy di ambk tekanan darah, nurse kata mmg rendah. 96/52 if im not mistaken. then heart rate sy sgttttt cepat. 145 (bacaan normal kan 80-100)!! huhuhuhuhuhu. dlm hati berdoa ya Allah bgilah kesempatan sy menjaga dan mbesarkan anak....wuwuuwuw.

then lps makan, sy baring. bila baring baru rasa lega sikit. then sy susukan anak. tak dpt tdo smpaiiii subuh. kdg2 mengalir air mata, terlalu gembira nmpk si kecil sudah ada di sebelah. hubby menjaga di tepi. tgn slbh kanan dicucuk di tambah air. spjg di hosp dah habis tgn kiri kanan cucuk sana sini.hahah pasrahhhhh.

jam 6 am, cuba bgn mau ke tandas. tapi gagal. bgn, n kembali pitam. pandangan menggelap, suara menghilang. nurse sruh baring semula. dia kata mau cucuk utk buang air kecil, tp sy kata x mau. (haihh byknyaaa cucuk sana sini). sy baring, n tdo semula....

jam 8 am, hubby diminta keluar sbb doc dah mula round. sy cuba bgn, tgk anak di dalam tmpt baby tu, senyum sndirian. tp yg lucunya, tb2 sy nmpk byk kunang2 kelabu di sekeliling baby. hahahaha ni mst mau pitam lg, ckap dlm hati. then sy gagahkn diri ke toilet. sorg nurse temankan. masa g tu kepala msh pening2 dan berusaha tidak jatuh. keluar dr toilet, bjalan skjp then singgah duduk kerusi org lain. Allah...pitam msh x hilang. tdo semula....

waktu melawat tiba. mummy, daddy, n hubby dtg jumpa baby. uri baby di bawa balik utk di tanam. air dah 2x ditambah. tekanan darah dah okay tp heart rate masih cpt. dlm 128. so x bole discharged. malam tu tdo urus anak sorang2. seb bek x meragam. fuh....

11 sept.2014 - khamis
kena pindah katil pegi belakang. btl2 dkt bilik bersalin. hahaha. cisss. mengimbas kenangan btol. doc Fransesca dtg ronda2. tny if ada pening pitam lg. sy kata x ada. smua dah okay (sgt2 mau discharged). then dia kata okay bole discharged. tp sblom tu kena ambk darah dulu. (cek hb). nurse ambk darah then sy pun tdo. siap msg hubby dtg ambk nt sbb da bole keluar. sementara tu mau tdo dlu. zZzzzZ.

jam 11 lbh pagi, nurse datang kejutkan, n bw berita yg sungguh tak best. "kamu tau ka, darah kamu tinggal 5.2 lagi ni. so doc tak bagi discharged. kamu kurang darah yg melampau sudah ni," terang nurse. aduiiiii mcm mn ble jadi mcm ni pula. doc pn peliks kenapa sy hilang separuh darah dlm bdn sdgkn masa beranak estimatedly darah sy hilang only 180ml. n lps beranak pn x ada la darah kuar byk sgt. sedihnyaaaa x bole discharged yet. call hubby nangis2 lagi. sedihhhhhhhhh. seyes rasa helpless sgt urus baby segala.

malam tu, anak meragam pula. tdo jap - nangis. tdo jap - nangis. then balik2 berak. bekalan lampin semakin berkurangan. dkt jam 2 pagi, berak lg. cek lampin, tinggal satu. da x ada simpanan. sy jadi panik. spt biasa, menangis. call hubby minta hantarkan pampers. seb bek da beli stok pampers utk newborn. jam 2 lbh pgi tu juga hubby dtg htr pampers. baru lega sikit..dkt jam 4 pg, bru anak lena tdo. hadoi mcm mn la darah mau btmbh klo tdo sy pun x ckup....

12 sept. 2014 - jumaat
jam 7 lbh tbgn. rasa mcm badan baby panas. cek guna termometer, bacaan 38.1 drjh clcs. panik. bgtau nurse. nurse ambk bacaan gn termometer drg, pun sama.38.1. nurse ambk darah bby. tkut jangkitan kuman. as usual, nangis lagi. hari2 rutin yg x ble lari ialah MENANGIS. hahahaha adoiiii tensi. hobi selepas beranak: menangis (iskk. nauzubillah!)

jam 9 lbh pagi, dtg nurse. ambk bacaan hb lg. dia kata kalo x ada peningkatan, drg akan tambah darah sy. whateverrrrr. tambah la sesuka hati. yg penting sy mau kuar cpt dr hospital okeh! jam 11 lbh pagi, nurse dtg n ckap bacaan hb sy cuma 5.44.. so dorg akan tambah darah 1 pain. myb petang nanti. so mestilah jawapannya sy blm bole discharged kan haritu. hati makin tension.

dalam jam 3.30 ptg, nurse dtg. wat bacaan spt biasa. tekanan darah, heart rate bla2. then mula cari urat utk dicucuk jarum tambah darah. mula2 dia cuba cucuk di tgn kiri. ntah apa vena arteri hijau pink segala. x paham. tp dia kata sblh kiri urat sy 'lari'. lari ke hutan, ke laut ke langit sy pun x tau. so dia cucuk la di tgn kanan. mmg sgt pasrah tgn ni cucuk la di mana2 sj. dah x kisah. hahah. mula2 dia masukkan sikit, sbb tkut ada komplikasi mcm sesak nafas, bdebar etc (x ngam darah kali????ada ka cmtu). lps stgh jam, sy x tjk apa2 simptom. so dia cptkan sikit aliran darah tu.....

malam tu, my mom dibenarkan jaga sy sbb sy ni 'special case'. kurang darah sy x bole kalo kurang tdo. so if my mom ada di sana, bole la dia bantu2 sy urus baby. kalo sy sorg2, sy la tukar pampers, bg susu baby, buang angin dll. so if mom ada sna, sy cuma susukan baby. d rest, my mom uruskan. alhamdulillah, malam tu tdo baik sikit...

13 sept 2014 - sabtu
awal2 pagi lagi nurse dah dtg ambk bacaan hb sy. berdebarnyaaaaaaa ya Allah. mharap sgt hb meningkat at least 6 or 7. sy makan iron tablet tu 2 biji setiap hari walopn rasa dia worse (pening tiap kali makan). huhuhu mhrp sgt3 bole dischargred haritu. dah tension btingkek2 duk ospital okeh!

jam 8 lbh, doc Fransesca dtg. cek sy, then cek baby. baby ok alhamdulillah. myb suhu badan naik semalam sbb blom mandi. hahaha semalam nurse mandikan dia. pas mandi lenaaaaaaaa sgt tdo baby. sejak lahir (rabu), x penah mandi. so jumaat tu dia mandi. baru badan baby segar n suhu badan kmbali normal. heeee...he...

pas cek smua2, doc Fransesca ckap "hmm...darah kamu cuma naik kpd 5.7.. tak smpai pun 6. so sy belum boleh bagi discharged kamu lagi la", .. dgr ja dia cakap cmtu, airmata dah mula bertakung. dgn nada merayu sy kata "doc, tlg la bg sy keluar. sy lg tension duduk lama2 di hospital ni. lagi rasa x dpt berehat....,". then doc tny "kamu tinggal di mana?", sy jwb "di Lohan,"...

lps bbrp saat diam, then dia jawab "mm..okaylah. sy bg kbnaran kamu discharged harini. tp kena byk berehat di rumah. kalo rasa pening2 sj, terus dtg hospital okey?,". 
 fuhhhhhhhhhhhh. dgr sj dia cakp cmtu, leganya hati Allah sj yg tau. happy3 sgt. dgn muka ceria ucap terima ksh dgn doc. hehehehe

hmm... igtkn haritu dah bole jejak kaki ke rumah (sgt10 rindu umah okeh!). dah bsiap2 packing segala. ttiba tengahari tu nurse dtg bw lg berita sedih. "bacaan kuning anak kamu tinggi. dia kena admit d wad paed,"....

hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. punah segala jiwa raga dgr ckap nurse. sedihhhhhhhhh..!!!mcm keluar mulut harimau, masuk mulut naga. masih berada di hospital cuma bertukar 'rumah'. tensionnyaaaaaaaaaa. rasa mau nangis, jerit, marah, segalanya bersatu. hati remuk redam. dgn pksa, petang tu pindah masuk wad kanak2. nurse pesan anak kena jemur bwh lampu biru. sentiasa jemur. after dua jam, angkat, susukan, buang angin, then jemur semula. buka semua baju di badan. wuwuwuwuw

sebak sgt hati nampk baby dgn cuma pakai pampers, sarung kaki dan tgn kena jemur bwh lampu biru tu. ksiannnn sgt. siap kena pakai tutup mata tu lg. sedihhhh. tp mau wat mcm mana, demi turunkn bacaan kuning dia. sobsssssssss. spt biasa, petang tu bermandikan airmata lagi. sedih nmpk anak di jemur, tension juga duk hospital tlampau lama. so sickkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk of diz place!

oh ya, spjg berada di wad pompuan n lps pindah katil dkt bilik bersalin tu, ada sorg kakak tu baik sgt. dia ni dah anak ke -7 tp di tahan sbb overdue. blom beranak2. klinik di kmpung dia x berani beranakkan dia sbb dia kurang darah. so dia duk ospital laaa menunggu sakit bersalin dtg. kakak ni mula2 dtg tegur sbb dia nmpk sy x pndai lipat lampin. haha. sblm ni my mom dah siap2 wat lampin baby. sy x tgk pula mcm mn dia lipat. so lps guna lampin tu, basuh d umah dan d htr semula ke hosp, sy x pndai lipat. kakak tu yg tjkkn cara. then tiap kali sy mau ke mana2 misalnya mau makan or ke tandas, kakak tu tlg jagakan baby sy. masa sy d tambah darah hritupun x ble gerak ke mna2, dia jaga baby sy.huhu. sblm kuar dr wad pompuan tu, kakak tu smpt pesan dgn sy "kuatkan hati ko..nanti kalo ko asyk susah hati, ko sakit nanti....," dia cakap cmtu sbb dah selalu sgt nmpk sy menangis kot. huhuhuhu tq sis..x smpt pun tny nama dia. just pggl "kakak". huhuhu 


14 sept 2014 - ahad
awal pagi ambk bacaan kuning baby. semalaman tu sudah bg minum n sapu ubat tradisional 'kelapa mawar' dgn baby. org tua2 kata2 bantu turunkan kuning baby. berdoa sgt3 bacaan kuning baby drop dan dibenarkn balik. haritu my PIL dtg melawat. tq..sudi dtg jauh2 dr bfort lawat menantu n cucu yg menginap d ospital. hahah hadoi. petang tu dlm jam 3 lbh, nurse bg bacaan kuning baby turun sikit. semalam 270. harini 244. but still x bole keluar ospital. lemahhhhhhhhhhh. sedihhhhhhhhhhhhh. rasanya petang tu sy menangis lg. hahahaha. malam ni juga my mom temankan. haih.rasa benci dan meluat dgn suasana hosp semakin menggunung. rasa berada di satu dunia asing, yg jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dr rumah. pdhal bila fikir2 balik, tmpt ni msh d ranau pun. tp seyes rs berada satu tmpt yg terlaluuuuuuuu jauh.

smlm da guna kelapa mawar, harini bg minum susu kambing pula. tiap kali baby myusu, sy akn bg minum susu kambing dgn harapan kuning baby akan turun. da x sggup tgk tgn dia di cucuk berkali2 ambk darah. uwaaaaaaaaaaaaaaa. bilalahhh dpt keluar dr penjara hospital ni!

15 sept 2014 - isnin
spt biasa, ambk darah baby. geram sgt sbb 1st dia cucuk tgn baby, darah x kuar. pastu cucuk kali kedua, darah kuar sikittttt sj. payah dipicit tgn baby tu. eiiiiii rs mau marah ja nurse tu. seb baik baby tgh tdo. huhuhu. bdoa sgtttttttttt bacaan kuning baby turun n bole balik umah. wuwuwuwuw. ooh haritu juga benda lucu (tp x lucu pn sbnrnya blaku). family my sis balik dr Tawau sehari sblm (ahad). drg smpai umah dah malam. pastu my sis x sihat. gastrik yg melampau. ttiba2 jam 6 pagi tu (isnin), daddy call my mom. gtau dia d wad kecemasan. rupanya jam 3 pagi smlm tu daddy htr kakak ke hosp sbb dia muntah n pening yg melampau. hadoiiii3. satu kuarga di ospital. my mom jaga sy n baby d wad paed, daddy jaga my sis di wad kecemasan. hospital ini keluarga kami yg punyaaaaaaaa. hhahahaha

oo, haritu for d very 1st time, sy mandikan baby. takut2 juga tp beranikan diri. sblm2 ni since jumaat smpaiiii ahad, nurse yg mandikan. so lps tgk cana nurse mandikan, harini sy cuba mandikan bby sndiri. hhehhehe alhamdulillah berjayaaaaaaaaaa. lalalalalalala

dlm jam 11 lbh pagi, result kuning da ada. drop lg bacaan kuning baby, 200. fuhhh. tp still x tau dibenarkan pulg or x. harap2nya lahhhh aminnnnn3. cuti skola da stat so sgt ingin balik ke umah bkumpul dgn family.

haritu ada kes kecemasan. budak kena sawan smpai kejang badan something la. so doc bz. dia lmbt review kptsn kuning. so x ble decide siapa bole kuar wad, siapa x. x pa, sy sabar menunggu. kalo jam 7 malam pun sy dibenarkn kuar, jam 7 jugak sy akan kuar okeyhh. huhuhu

alhamdulilah, dkt jam 5 petang, nurse dtg n pggl nama sy (dan bbrp org tp sy nama ptama d panggil). dia kata "kamu ada kenderaan balik rumah?", dgn semangatnya sy jwb "ada.ada!",..then dia kata "okay. kamu boleh discharged harini. tp tggu kami sediakan surat dulu smua k,"

ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. kalo bole melompat masa tu, mau sj sy melompat. gembiraaaaaaaaaaa sgt100x. bygkn sdh lebih sminggu sy x jejak kaki d umah. sudah la haritu tinggalkan umah dlm keadaan sungguh x bsedia. wuwuwuwuuwuw happynya finally my baby sudah boleh balik umahhhhhhhh. weeehhohoohihih

malam 15 sept 2014, sy sdh berada d umah. juga hari ptama baby masuk umah. heaven. eh x berapa. sbb luka jahitan sakit. sobs. x bole duduk. esk kena dtg hosp lg, cek kuning baby. huhuhu tp mmg satu kelegaan sgt dpt jejak kami dan tdo di katil sendiri bsama bby dan suami.huhuhuh


16 sept 2014 - selasa
dtg hosp cek kuning baby. drop sikit, 191. tp x apa la dah okey. so dia pesan cek up biasa di klinik sj la. haha. my mom ckap sy da seyes mcm mama2 style. dgn tudungnya x terurus, muka pucat, siap bsarung2 ke ospital.ekekekke. luka jahitan msh sakit. so pgerakan bole la cam kura2..pasrah.

*****************************************

hahaha. panjang gegila kan story ni. hehehehehehheheheh thanks to those rajin baca dr awal ke akhir. ini semua kenangan utk sy. utk bacaan masa dpn. entry ni mengambil masa 4 hari kot siap tulis. x penah siap2 since isnin lepas. skg masa bpantang. wahhh lamanya lg mau 44 hari. 23/10/2014 tamat masa bpantang. lepas bsalin hilang 10kgs. last cek up berat sblm beranak 8/9/14 tu berat 65kgs. balik umah 15/9/14 tu cek berat 54.8kgs. heheheheh jommmm diet. dpt 45 or 46 kgs kan bagos. hahahahaha

special thanks to my hubby yg setia bersama sy dr sblm kelahiran sehingga baby lahir. sggup bgaduh dgn PK skola dia sbb dia cuti awal demi sy. huhu..thanks sbb jadikan Cyg ibu juga ;p .... hahaha. to my parent. mommy yg 3 malam bjaga x tdo jaga d ospital, n to my daddy yg stiap pagi dtg htr bekfas, almost e'day watkn sy sup ayam kampung, wat ayam kampung stim, ikan stim, sediakan buah2an e'day! daddy jarang dtg melawat sbb kena g skola. alhamdulillah 'derita' menginap d ospital selama 7 malam 8 hari akhirnya berakhir. hahahaha (trauma nmpk ospital. it's a sad and creepy place. ekekkeek) . and spjg hari2 tu, tak ada sehari pun yg sy lalui TANPA TANGISAN. puteri airmata. hahahaah. balik rumah pula, dpt grad A treatment from my sister. dia jaga sy, mandikan my baby, dan luka ubat sy. dia sgt memahami emosi dan apa yg sdg sy lalui slps beranak. tq mommy abg Rizq. mwahhh!

 my beautiful Syazila

 waktu smbut blated bday my anak buah Rizq. masa ni hari rabu 17 sept 2014. apsal sy nampak demokkk???? huhuhu. oh kami penyokong Netherlands okay. sedih kalah x masuk final WC ritu. xpala, num.3 pn okay la tu.heee

 kedua2nya cinta hati dan nyawa sy

ok, selamat bpantang...pesan utk diri sndiri, jgn byk nangis. kalo dtg fikiran lain2(yg kurg baik), istighfar byk2. lepas bsalin ni mmg ada gangguan2 perasaan. perubahan hormon kali..so mst kuat semangat. lagi2 hubby jauh d Swak. huhuhu. semoga kuat dan istiqamah juga utk beri c comel exclusive bf selama 6 months. mdh2an kuat x guna susu formula. amin3. segalanya demi anak :)

adios!

ps: sangat kagum dgn keja2 nurse dan doktor. mcm mn drg ble survive HARI2 berhadapan dgn pesakit, nampak darah,nampak benda2 creepy (luka/bsalin dll). woahhh!! rasanya keja nurse lagi susah dr cikgu. boleh camtu?? tabik hormat!! thanks kpd smua doc d Ranau yg sgt3 baik xpeciali doc Fransesca yg sambut kelahiran baby sy, nurse2 yg baik hati dan lemah lembut. thankssssssss (smoga kita x bjumpa lg di masa yg tdekat). hahaha sbb kalo jumpa means sy x sihat la tu. ekekekkekeke

adios for real. so long!

4 comments:

  1. Congratulations!A new member to the Virgo Club!May Allah shower your baby with blessings!
    Jangan lupa exclusive breastfeeding up untill 6 months.mesti mau ingat,susu ibu bukan hak milik ibu,tapi hak mutlak bayi.ibu tolong menghasilkan,menyimpan dan memberi sahaja.Jadi jangan dinafikan hak bayi,terutamanya bila suda start kerja nnti.Mesti mau bersungguh2 kasi susu badan ok.U can do it!
    May Allah ease your parenthood journey :)


    p/s:menangis minta didukung setiap masa juga hak mutlak bayi :)

    ReplyDelete
  2. Salam, kadang sy nangis kadang sy ikut happy baca kisahmu ni sis. Takut pun ada. Sy preg 26weeks for the 3rd child, tapi cara bersalin dah lupa (1st 2009, 2nd 2012, 3rd insyallah 2015). Harap semua selamat nanti. Anyway selamat berpantang n kuatkan semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear.may e'thing goes smoothly as wished n congrats for ur coming soon 3rd baby.

      Delete

trus lo mau bilang apa?